DALAM satu insiden tragis di daerah Jalgaon, Maharashtra Utara, India pada Rabu, sekurang-kurangnya 12 orang maut dan lima lagi cedera selepas penumpang dari kereta api Pushpak Express melompat ke atas landasan bertentangan untuk melarikan diri daripada kebakaran yang disyaki berlaku di dalam gerabak tersebut.
Ketika mangsa keluar dari gerabak, mereka dilanggar oleh kereta api Karnataka Express yang datang dari arah bertentangan.
Menurut Ketua Polis Khas Dattatraya Karale, setakat ini, sebanyak 12 mayat telah ditemui di lokasi kemalangan kereta api dan angka itu mungkin meningkat dengan penemuan mayat baharu.
BACA LAGI: Dua anggota bomba cedera akibat renjatan elektrik ketika padam kebakaran di Sabah
BACA LAGI: Jakim panggil Harith Iskander kontroversi 'ham', 'ham sap'
Selain itu, Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis, mengumumkan pampasan akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi kereta api di Jalgaon.
Menurut laporan media, penumpang di dalam Pushpak Express melihat percikan api ketika kereta api sedang brek dan beranggapan bahawa terdapat kebakaran.
Sebagai tindak balas, beberapa orang menarik rantai kecemasan dan mula melompat ke atas landasan, yang menyebabkan mereka dilanggar oleh kereta api Karnataka Express yang datang dari landasan sebelah, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 kematian.
Sumber rasmi mengesahkan bahawa insiden menarik rantai kecemasan berlaku di Pushpak Express yang bergerak dari Lucknow ke Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus, antara stesen Maheji dan Pardhade.
यही आम जन की जान की क़ीमत है सिर कहीं हाथ कहीं पैर कहीं
रेलवे में बर्बर गलतिया होती है जुम्मेदारी तो दूर की बात लाखो पड़े खाली पद ही नहीं भरे जा रहे हो इन दुर्घटनाओं का मुख्य कारण है
भगवान सबकी आत्मा को शांति दे#PushpakExpress #Jalgaon #Rumor pic.twitter.com/I3hFhJtuvh
— Manjeet Ghoshi (@ghoshi_manjeet) January 22, 2025
"Kereta api itu telah berhenti, selepas itu beberapa penumpang dari salah satu gerabak keluar. Sementara itu, kereta api Karnataka Express, yang bergerak ke arah bertentangan, sedang melalui landasan bersebelahan," kata CPRO Keretapi Tengah, Swapnil Kumar Leela kepada pemberita.
Kemalangan itu berlaku berhampiran stesen Pachora, yang mana Pushpak Express berhenti selepas seseorang dipercayai menarik rantai kecemasan akibat khabar angin tentang kebakaran dalam kereta api itu sekitar pukul 5 petang Rabu.
Jurucakap Daerah Jalgaon berkata, tiga hospital telah diaktifkan dan semua langkah yang perlu sedang diambil.
#WATCH | At least 8 passengers of Pushpak Express suffered grievous injuries after being hit by Karnataka Express in Pachora of Jalgaon district. Visuals from the hospital in Jalgaon where the injured have been rushed to.
As per Railway officials, an incident of alarm chain... pic.twitter.com/bxS6FqbDqh
— ANI (@ANI) January 22, 2025
Pegawai kereta api mengesahkan bahawa rantai kecemasan telah ditarik di Pushpak Express.
"Mereka menunjukkan bahawa asap daripada gandar panas mungkin menyebabkan penumpang panik, yang menyebabkan mereka menarik rantai dan melompat keluar dari kereta api secara serentak.
"Maklumat awal kami menunjukkan bahawa terdapat percikan api dalam salah satu gerabak Pushpak Express disebabkan oleh sama ada gandar panas atau brek tersangkut (jamming), mengakibatkan beberapa penumpang panik.
"Mereka menarik rantai kecemasan dan beberapa daripada mereka melompat ke atas landasan. Pada masa sama, kereta api Karnataka Express sedang melalui landasan bersebelahan sekali gus menyebabkan kemalangan tragis itu," kata seorang pegawai kanan kereta api kepada PTI. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram