DUA anggota bomba mengalami renjatan elektrik semasa memadamkan kebakaran di sebuah blok rumah kedai di Petagas, Putatan, Sabah pada malam Rabu (22 Januari).
Seorang mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut, manakala seorang lagi hanya memerlukan rawatan daripada pasukan kecemasan di lokasi, kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Khamis (23 Januari).
Laporan mengenai kebakaran di Jalan Pantai Berahi, kawasan Taman Jumbo itu diterima pada pukul 11.59 malam, Rabu.
BACA LAGI: Jakim panggil Harith Iskander kontroversi 'ham', 'ham sap'
BACA LAGI: Wanita di Arkansas mati di tangan penjenayah sama yang bunuh ibunya 23 tahun lalu
Sebuah pasukan dari Balai Bomba Putatan telah dihantar ke lokasi, dibantu oleh pasukan dari balai bomba Kota Kinabalu dan Penampang.
“Seramai 38 anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut. Polis dan kakitangan Sabah Electricity juga berada di lokasi kejadian.
“Sebuah unit rumah kedai di bangunan empat tingkat itu musnah dalam kebakaran tersebut, tetapi tiada orang awam yang cedera.
“Dua anggota bomba yang mengalami renjatan elektrik bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.
“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 12.40 pagi (Khamis) dan operasi tamat pada pukul 1.40 pagi,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat. — The Star/ KRISTY INUS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram