Batal lesen memandu OKU mental tak boleh secara melulu, berdasarkan stereotaip


  • Primer
  • Khamis, 23 Jan 2025

Loke menegaskan JPJ tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan lesen memandu mana-mana OKU.

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan lesen memandu mana-mana individu yang diiktiraf sebagai orang kurang upaya (OKU), kata Anthony Loke.

Menteri Pengangkutan itu berkata, majoriti besar golongan OKU mampu menunggang atau memandu kenderaan mereka.

"Jika terdapat kes tertentu atau terpencil melibatkan pemandu OKU, kita akan menilai sama ada lesen mereka perlu dibatalkan (atau tidak), tetapi saya tekankan bahawa ini bukan polisi kita.

BACA LAGI: [VIDEO] Panik lihat percikan api dalam gerabak, lebih 10 maut dirempuh kereta api lain lepas lompat keluar tren

BACA LAGI: Dua anggota bomba cedera akibat renjatan elektrik ketika padam kebakaran di Sabah

"Kita tidak boleh menyamaratakan semua OKU kerana ramai antara mereka mampu memandu kenderaan dengan selamat, dan sebenarnya mereka sangat bergantung pada lesen memandu masing-masing.

"Kita juga mempunyai ramai pemandu e-hailing dalam kalangan OKU seperti individu yang pekak atau bisu,” katanya kepada pemberita pada Khamis (23 Januari).

Loke berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) yang mencadangkan kepada JPJ untuk membatalkan lesen individu yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan sebagai OKU mental.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pelaksanaan perkara tersebut tidak boleh dilakukan secara umum kerana dibimbangi akan menjejaskan semua individu OKU. — The Star/ MANJIT KAUR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram