'Macam ada yang hilang', kelibat Rizal Ghazali-Assifuah tak kelihatan di bumi Kenyalang


  • Podium
  • Khamis, 23 Jan 2025

Kehilangan Assifuah dijangka memberi peluang kepada Milos Gordic untuk membuktikan ketajamannya sebagai penyudah dalam perlawanan menentang The Cats pada Jumaat.

KEDAH Darul Aman (KDA FC) dijangka kehilangan dua tonggak utama menjelang pertemuan Liga Super menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Sarawak pada Jumaat.

Hal ini kerana, kelibat pertahanan Sang Kenari, Rizal Ghazali dan penyerang berbisa, Ebenezer Assifuah tidak kelihatan dalam skuad Sang Kenari.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh laman rasmi KDA FC di Facebook, kelibat dua pemain berkenaan tidak kelihatan bersama-sama barisan pemain Sang Kenari selepas selamat tiba di bumi Sarawak.

BACA LAGI: Hilang fokus di Likas, Martin Stano akui peluang di Temerloh 50-50

BACA LAGI: [VIDEO] 'Segak pakai baju Melayu', aksi Face-Off Jojo-Johan raih tumpuan

Dalam pada itu, KDA FC dijangka bakal berdepan tugas getir untuk mencuri tiga mata penuh lebih-lebih lagi ketiadaan penyerang berbisa dan pertahanan kental Sang Kenari itu.

Kehilangan kedua-dua pemain itu tentunya mencuri perhatian, memandangkan KDA FC perlu memperkukuh skuad mereka untuk menghadapi perlawanan yang sukar berdepan anak-anak buah Aidil Sharin Sahak.

Kehilangan dua pemain tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong Hijau Kuning yang ingin mengetahui status kedua-dua tonggak berkenaan.

Menurut mereka, kehilangan dua pemain itu dilihat akan menyukarkan Sang Kenari untuk memberi cabaran kepada The Cats yang kini berada dalam momentum baik.

"Kelibat Rizal Ghazali tak nampak pun? Boleh menang ke ni?" kata Aiman Johary.

"Kenapa Rizal Ghazali dan Assifuah tiada dalam gambar? Ke manakah mereka berada, macam tiada harapan saja nak menang," kata Rashidi Saad.

"Assifuah tak ikut main ke atau macam mana? Langsung tiada gambar dia ini?," kata Muhamad Paris.

Bagaimanapun, tidak dipastikan punca sebenar ketiadaan dua pemain tersebut sama ada disebabkan oleh masalah kecederaan atau isu lain yang tidak didedahkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram