NAMA pemain tengah kebangsaan, Endrick Dos Santos mengegarkan saingan Liga Vietnam (V.League 1) selepas mencetak gol cantik dalam membantu pasukannya, Ho Chi Minh City FC (HCMC FC) menentang Hoang Anh Gia Lai (HAGL) pada Ahad.
Endrick yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta'zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua 2024 itu memanfaatkan situasi bola mati dengan mencetak gol menerusi sepakan penjuru atau turut dikenali sebagai 'Olimpiko'.
Apabila diperhati, ia dikatakan mirip dengan gol yang dihasilkan oleh bintang Korea Selatan iaitu Son Heung-min ketika aksi Piala Liga antara Tottenham Hotspur dan Manchester United.
BACA LAGI: Perjuangan belum selesai, fans titip pesanan bermakna buat Pau Marti
BACA LAGI: [VIDEO] Permohonan maaf Pau Marti tak diterima, desakan tolak naturalisasi kembali timbul
Bukan hanya mirip Heung-min, malah gol cantik dari Endrick rupanya bukan perkara baharu untuk landskap bola sepak tanah air susulan legenda Kelantan iaitu Mohd Badhri Mohd Radzi pernah mencetak gol lebih kurang sama.
Menjengah respons penyokong tanah air di media sosial, sebahagian mereka memuat naik kompilasi gol Olimpiko yang pernah dijaringkan oleh Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya dalam kalangan pengikut Kelantan.
Fuhh, lain macam ya gol Endrick ni kat Vietnam. Dah macam Son Heung-min aku tengok
Kredit: Etminan Brazil pic.twitter.com/p0Di0VRbTX
— Zikry Marzuki (@Zik_Majoriti) January 19, 2025
"Selamat datang ke kelab Endrick bersama Piya," kata laman Facebook, Makan Bola.
"Kapten Piya adalah pengasas Club Corner Masuk Gol (CCMG)," komen penyokong tanah air, Hafizuddin Abd Rahim.
"Hantaran dua pemain ini memang padu, lega kelab masing-masing ada Endrick dan Piya," tambah seorang lagi penyokong, Mohd Azdi Mohd Nasir.
Untuk rekod, anak jati Kota Bharu itu merupakan pemain tengah yang boleh dianggap cukup penting dengan hantarannya amat berkualiti di samping kebolehannya untuk menyekat serangan lawan.
Tidak cukup dengan itu, personaliti serta sikap kepimpinannya juga tidak boleh dipandang rendah apabila dia memikul tanggungjawab sebagai kapten Kelantan FA untuk beberapa tahun.
Kredibiliti Badhri yang juga dikenali sebagai Piya membolehkannya menerima jolokan 'Captain Marvel' dengan gelaran terbabit terus diingati sehingga hari ini.
Kenangan manis yang pernah dihadiakan Piya untuk Kelantan ialah ketika membantu kejayaan di aksi akhir Piala Malaysia dengan kemenangan ke atas ATM FA sekali gus memastikan skuad TRW meraih kejuaraan treble domestik pada musim 2012. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram