BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Ramsani-Goh Sze Fei menamatkan penantian 15 tahun negara untuk muncul juara dalam Terbuka India dalam kategori tersebut.
Kejayaan itu diraih selepas mereka menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dengan keputusan 21-15, 13-21, 21-16 dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, India pada Ahad.
Perlawanan yang berlangsung selama 52 minit itu pada awalnya berpihak kepada wakil negara itu yang mendominasi set pertama sehingga membolehkan mereka meraih kelebihan selesa.
BACA LAGI: Tewas berjuang hingga rubber set, DinFei tiada rezeki julang gelaran Jelajah Dunia Akhir
BACA LAGI: Japan Masters: Pearly Tan-Thinaah pulang awal, DinFei mara penuh bergaya
Namun, pada set kedua, kebangkitan dilakar lawan mereka tersebut sehingga menyaksikan pertembungan diheret ke set penentuan yang bagaimanapun tidak membawa cabaran besar pada Nur Izzuddin dan Sze Fei.
Ini merupakan kejayaan keempat daripada lima perlawanan akhir Jelajah Dunia buat pasangan kedua dunia itu sejak Ogos lalu selepas turut menjulang gelaran dalam Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik.
Lebih membanggakan lagi, Izzuddin dan Sze Fei mengaut hadiah kemenangan bernilai $70,300 (RM316,617) yang sudah tentu menaikkan lagi semangat mereka bagi perjalanan tahun ini.
Untuk rekod, beregu lelaki negara terakhir yang menjuarai Terbuka India adalah Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari pada 2010. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram