Bintang beregu campuran harap dapat wujudkan aksi 'all-Malaysia' di perlawanan akhir


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia. — BAM

TERBUKA Malaysia bakal menyaksikan potensi untuk dua wakil negara bertemu sesama sendiri di perlawanan akhir.

Potensi itu akan boleh terjadi, sekiranya dua wakil beregu campuran negara berjaya melepasi cabaran mereka di separuh akhir, dengan perlawanan akhir all-Malaysia boleh berlaku.

Itulah harapan salah seorang bintang beregu campuran negara, Toh Ee Wei selepas melihat potensi itu boleh terjadi.

BACA LAGI: 'Kejohanan Super 1000 ni', insiden bumbung bocor Axiata Arena buatkan Malaysia jadi 'tumpuan' dunia

BACA LAGI: Terbuka Malaysia: Terikut-ikut rentak lawan, gagal baca ‘game’ antara asbab Pearly-Thinaah pulang awal

A43Y2556

Soon Huat-Shevon turut mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia — BAM

Ee Wei bersama pasangannya, Chen Tang Jie berharap dapat bertemu gandingan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai di perlawanan akhir yang dijadualkan pada Ahad.

Namun begitu, Ee Wei-Tang Jie perlu melepasi pilihan pertama kejohanan, Feng Yanzhe-Huang Dongping dari China sementara Soon Huat-Shevon berdepan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

"Soon Huat dan Shevon serta saya dan Tang Jie rasa berbangga dapat mewakili Malaysia dan kami berempat dapat mara sampai ke separuh akhir dan ia adalah baik untuk beregu campuran Malaysia.

"Kami akan berikan segalanya di gelanggang. Jika kami dapat jadikan perlawanan akhir seluruh Malaysia, ia pastinya bagus," jelas Ee Wei. — The Star/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram