Kecederaan Feroz buka peluang 3 bek sendu JDT buat 'tebus' masa depan


  • Podium
  • Ahad, 19 Jan 2025

Kecederaan dialami Feroz diharapkan tidak memberi kesan jangka masa panjang terhadap karier pemain itu. — Facebook/JDT

BEK tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Feroz Baharuddin mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Malaysia (Liga M) muzim ini selepas disahkan terpaksa berehat panjang akibat kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL).

Pemain yang merekodkan 23 penampilan dalam semua pertandingan buat skuad Harimau Selatan itu sememangnya antara tonggak utama pasukan meskipun mereka memiliki beberapa import dalam barisan pertahanan.

Tidak dinafikan kecederaan berkenaan pasti memberi tamparan hebat terhadap karier anak jati Kota Tinggi, Johor itu namun jika dilihat dari sudut positif, ia sebenarnya memberi kebaikan untuk pemain pertahanan lain.

BACA LAGI: Turunkan 2 tonggak senior ibarat tak membantu, JDT II harapkan penalti ikat Selangor di Larkin

BACA LAGI: Dapat 'task' penyerang sayap di JDT II, Stuart ambil masa 'adapt' jadi pemain nombor 8

Hal ini kerana, beberapa bek tengah yang sudah sekian lama tidak tampil dalam beberapa perlawanan boleh mengisi posisi Feroz dan sekali gus kembali mendapat kembali kepercayaan barisan kejurulatihan.

Kali ini, Majoriti menyenaraikan tiga pertahanan tengah yang semakin kurang mendapat tempat dalam Harimau Selatan untuk mengambil posisi Feroz bagi membantu meneruskan perjuangan JDT di saingan domestik dan pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.

1) Junior Eldstal

junior

Junior (kanan) hanya tampil dalam dua perlawanan. — Facebook/JDT

Junior Eldstal kembali ke pangkuan Harimau Selatan pada awal musim 2024/2025 selepas berkelana ke Indonesia dengan menyertai Dewa United (Julai-Disember) dan pasukan Thailand, Pt Prachuap FC (Januari-Mei).

Kali terakhir bek warisan Malaysia-Sweden, Junior Eldstal bermain 90 minit ketika perlawanan menentang Malaysia University FC yang menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan kemenangan 5-0 bagi aksi suku akhir Piala FA 2025.

Selain perlawanan menentang pasukan Liga A1 Semi Pro itu, bek tengah berusia 33 tahun berkenaan hanya tampil dalam aksi kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur Rovers dan merekodkan 52 minit permainan sahaja.

Meskipun usianya sudah semakin lanjut, namun bek tengah berketinggian 1.91 meter itu masih mempunyai pengalaman mahal untuk membantu Harimau Selatan sekurang-kurangnya boleh membantu JDT di peringkat domestik.

2) Shahrul Saad

SHAHRUL

Shahrul tampil dalam 19 perlawanan domestik musim ini. — Facebook/JDT

Sejak musim lepas, Shahrul Saad semakin kurang mendapat dalam kesebelasan utama Harimau Selatan susulan kehadiran lambakan pertahanan import yang mengugat posisinya sebagai bek tengah utama.

Musim ini, Shahrul hanya tampil dalam 19 perlawanan domestik dan diletakkan sebagai kesebelasan utama untuk lapan aksi. Ia merupakan satu catatan kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan musim 2021/22 yang menyaksikan dia merekodkan 37 perlawanan.

Banyak dimasukkan sebagai pemain gantian membuktikan Shahrul tidak dapat bersaing dengan bek muda seperti Feroz dan pertahanan import iaitu Park Jun-heong dan Jordi Amat.

Bagaimanapun, keadaan menimpa Feroz ini boleh dimanfaatkan pemain berusia 31 tahun itu dan dia juga pasti tidak mempunyai masalah untuk mencipta keserasian lagi-lagi jika bersama Amat yang sudah bersamanya sejak 2022.

3) Shane Lowry

shane

Lowry menyertai JDT sejak musim 2021. — Facebook/JDT

Bek tengah dari Australia, Shane Lowry mula menyertai Harimau Selatan sejak musim 2021 dengan misi khas untuk membantu juara bertahan Liga Super itu di peringkat ACL sebagai tanker utama JDT.

Bagaimanapun, pemain berusia 35 tahun itu semakin kurang mendapat tempat dan Lowry lebih banyak bermain untuk JDT II bagi membantu skuad simpanan Harimau Selatan itu beraksi di Piala MFL.

Meskipun tidak banyak beraksi di peringkat domestik musim ini namun pertahanan berketinggian 1.90 meter itu menjadi pilihan Bidoglio di peringkat ACLE dengan memberinya peluang dalam lima perlawanan.

Menjadi pilihan utama dalam pertandingan terbesar di Asia itu membuktikan kemahiran Lowry dan pengalamannya yang pernah beraksi di Liga Inggeris itu memberinya nilai tambah untuk JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram