Andai mahu tumbangkan Gergasi Merah, Penang perlu asah kuku, manfaatkan sepenuhnya Wenzel-Halls


  • Podium
  • Ahad, 19 Jan 2025

Penang FC akan berdepan tugas getir apabila dijadual bertemu Selangor FC dalam saingan separuh akhir Piala Cabaran MFL pada Ahad.

PENANG FC bakal menerima kunjungan Selangor FC dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Cabaran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) 2024/25 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.

Skuad Harimau Kumbang dijangka berdepan cabaran besar kerana akan menentang pasukan yang lebih berpengalaman dalam liga domestik.

Walaupun Selangor FC lebih diungguli di atas kertas, skuad Harimau Kumbang dilihat akan memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri untuk meraih bekalan selesa pada perlawanan separuh akhir kedua di tempat lawan nanti.

BACA LAGI: [VIDEO] Jodoh terlerai sudah, didenda RM15,000 antara 3 momen paling diingati Akhyar bersama JDT

BACA LAGI: Legenda Man United, Denis Law meninggal dunia pada usia 84 tahun

Selepas meraih keputusan positif dalam saingan Liga Super bertemu Perak FC pada Ahad minggu lalu, Penang FC dijangka mampu memberikan kejutan untuk mencatatkan kemenangan ke atas skuad Gergasi Merah.

Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang dijangka boleh mempengaruhi keputusan akhir di Stadium Bandaraya nanti.

Dengan memberi tumpuan kepada ketiga-tiga faktor tersebut, Penang FC berpotensi untuk meningkatkan peluang mereka menggegar Selangor dan meraih kemenangan.

3116130

Wenzel-Halls mencuri perhatian ramai selepas meledak hatrik ketika berdepan Perak FC di laman sendiri. — Facebook/Penang FC

1. Beri kepercayaan penuh buat Wenzel-Halls

Anak-anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail perlu memberikan sokongan dan ruang yang cukup untuk Dylan Wenzel-Halls yang menggalas tugas sebagai penyerang berbisa pasukan.

Hal ini kerana, Wenzel-Halls mampu mencetak gol-gol penting dan memberi impak yang besar dalam serangan.

Dengan memberi kepercayaan penuh kepada pemain kelahiran Australia itu, Penang akan dapat mengoptimumkan potensi serangan dan meningkatkan peluang untuk menembusi pertahanan Selangor yang dikawal rapi oleh Safuwan Baharudin.

Bukan itu sahaja, harapan pastinya diletakkan di bahu Wenzel-Halls selepas meletak hatrik aksi bertemu skuad Seladang, Ahad lalu.

photo_6080394349683786659_y

Pemain lincah Gergasi Merah, Alvin Fortes.

2. Waspada ancaman Fortes

Seperti yang diketahui, Alvin Fortes merupakan pemain sayap yang berbahaya dengan kelajuan dan kemahiran menyerangnya.

Penang dinasihatkan untuk mengawasinya dengan ketat, terutama dalam situasi satu lawan satu atau larian pantas di bahagian sayap.

Barisan pemain Harimau Kumbang itu harus memastikan pemain lincah Gergasi Merah berkenaan agar tidak diberi ruang untuk melancarkan serangan.

Oleh itu, pertahanan Penang yang dibarisi oleh Rafael Vitor, perlu mengawal ketat pemain berusia 31 tahun itu daripada memberi hantaran berbahaya atau mencipta peluang gol.

451561419732523SFC00517

Pemain tengah menyerang Selangor FC, Yohandry Orozco.

3. Kekang pergerakan Orozco

Pemain tengah Selangor FC, Yohandry Orozco adalah pemain yang sangat berbahaya dan kreatif dalam Selangor FC.

Kemampuannya dalam mengawal bola, mencipta peluang gol dan kelincahannya menjadikan dia sukar dikekang oleh lawan.

Sebagai penggerak utama dalam serangan, Orozco memiliki impak besar dalam permainan.

Untuk mengganggu rentak permainan Selangor, Penang perlu mengawal pergerakan Orozco dengan ketat agar dia tidak diberi ruang untuk mencipta peluang atau menjaringkan gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram