POLIS mengesahkan tujuh mangsa yang menghadiri konsert ambang tahun baharu Pinkfish di Bandar Sunway, Selangor pada 31 Disember lalu mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka berdasarkan laporan analisis toksikologi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan Jabatan Kimia diterima minggu lalu mendapati darah mangsa mengandungi dadah dan dirujuk ke pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk laporan penuh.
Menurut Wan Azlan, pihak polis sudah merakam keterangan 52 saksi.
BACA LAGI: [VIDEO] Jodoh terlerai sudah, didenda RM15,000 antara 3 momen paling diingati Akhyar bersama JDT
BACA LAGI: Legenda Man United, Denis Law meninggal dunia pada usia 84 tahun
Tangkap layar video tular sebelum ini memaparkan petugas kecemasan mengusung mangsa menuju ke arah ambulans untuk mendapatkan rawatan.
“Keterangan seorang lagi mangsa lelaki berusia 30 tahun di PPUM belum diambil dan masih menunggu kebenaran PPUM,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, polis merakam keterangan seorang individu yang dirawat di PPUM bagi membantu siasatan kes kematian empat pengunjung konsert ambang tahun baharu.
Wan Azlan dilaporkan berkata, individu berkenaan yang sebelum ini menerima rawatan di PPUM dibenarkan pulang dan keterangannya diambil pada 8 Januari lalu.
Siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi.
Begitupun, pihak penganjur kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah mengambil pelbagai langkah keselamatan, termasuk kehadiran lebih 100 anggota polis, penempatan anggota keselamatan terlatih, serta unit K9 di semua pintu masuk. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram