[VIDEO] 10,000 penduduk Pitas terkesan akibat banjir


  • Primer
  • Sabtu, 18 Jan 2025

Sebahagian penduduk yang terjejas dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) oleh pihak berkuasa.

KIRA-KIRA 10,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka dan DUN Pitas dilaporkan terjejas banjir setakat pukul 9 malam Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi @ Mohd Faizal Hussin berkata, berikutan itu sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) termasuk satu PPS ad hoc dibuka.

Menurutnya, ia membabitkan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas dan DUN Bengkoka dengan empat pusat penempatan sementara (PPS) sudah dibuka setakat pukul 9 malam Jumaat.

BACA LAGI: Legenda Man United, Denis Law meninggal dunia pada usia 84 tahun

BACA LAGI: [VIDEO] Jodoh terlerai sudah, didenda RM15,000 antara 3 momen paling diingati Akhyar bersama JDT

Empat PPS terbabit, katanya ialah Dewan Kusilad, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan II, SK Salimpodon Darat dan Balai Raya Kampung Lugu.

“Setakat ini, seramai 38 keluarga dengan 106 mangsa membabitkan 15 lelaki, 36 wanita, 30 kanak-kanak lelaki, 21 kanak kanak perempuan, tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan ditempatkan di PPS SK Pekan II.

“Selain itu, 21 keluarga dengan 47 mangsa membabitkan 10 lelaki dewasa, 24 wanita, lima kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dipindahkan di PPS SK Salimpodon Darat.

“Setakat pukul 9 malam tadi juga, seramai 21 keluarga membabitkan seramai 66 mangsa dipindahkan di Balai Raya Kampung Lugu, masing-masing 29 lelaki, 25 wanita, masing-masing lima kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dua bayi perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, katanya banjir di daerah itu menyebabkan 16 batang jalan tenggelam dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan setakat malam tadi iaitu Jalan Kampung Manduring Laut, Jalan Salungkapit, Jalan Dandun Seberang, Jalan Bilangau Besar, Jalan Dandun Pusat dan Jalan Dandun Laut.

Selebihnya ialah Jalan Dandun Darat, Jalan Kampung Masin, Jalan Layung, Jalan Rukom, Jalan Sulakalung, Jalan Sinukab, Jalan Pangkalan Kanibongan, Jalan Pandai Mandamai, Jalan Kampung Kusilad dan Jalan Kampug Layang.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram