PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan hanya satu nama yang bakal bertanding jawatan presiden apabila badan induk itu mengadakan kongresnya pada 15 Februari.
Dalam kenyataan mereka pada Jumaat, FAM sahkan Datuk Joehari Ayub sebagai calon tunggal untuk jawatan presiden menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin.
Difahamkan, desas-desus mengaitkan kepulangan semula Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke Wisma FAM tidak menjadi nyata. Hal ini kerana, Tunku Ismail hanya menjalin kerjasama dengan FAM dalam revolusi Harimau Malaya.
BACA LAGI: Dana RM30 juta bukti kerajaan komited, FAM boleh beri imbuhan tinggi demi moral pemain
BACA LAGI: Terima dana tambahan RM15 juta, FAM diingat tak hanya tunggu pemberian, perlu giat tarik pelaburan
Dalam pada itu, jawatan Timbalan Presiden FAM akan ditandingi oleh dua nama yang tidak asing iaitu Datuk Wira Yusoff Mahadi serta Datuk S. Sivasundram.
Sementara itu, dua legenda negara iaitu Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan turut bertanding jawatan Naib Presiden dan Exco FAM bagi penggal baharu kelak.
Dollah yang akan menentang empat lagi calon iaitu Datuk Seri Rosmadi Ismail, N. Saaran, Datuk Azhar Jamaluddin dan Syed Yazid Syed Omar juga bertanding bagi jawatan exco.
Jika tiada sebarang perubahan, Joehari, Yusoff dan Sivasundram akan meraih jawatan tanpa bertanding kerana kerusi untuk presiden adalah satu sementara dua untuk timbalan presiden.
Sementara empat kerusi untuk naib presiden dan lapan bagi exco yang direbut oleh 18 calon.
FAM turut menyediakan dua kerusi bagi Exco Wanita dengan lima calon bakal bertanding. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram