MASALAH kewangan yang melibatkan Kedah Darul Aman FC dilihat masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun masa pantas berlalu.
Para pemain yang terkesan masih belum mendapatkan hak mereka sedangkan walaupun tempoh sudah memasuki hampir setahun sejak tunggakan berlaku.
Masa terus berjalan, bil komitmen harus dibayar, ia membuatkan para pemain Kedah tiada pilihan selain daripada perlu bertindak sesuatu untuk membolehkan kewangan mereka terus 'bernyawa'.
BACA LAGI: ‘Nak tunggu main counter ke?’, taktikal KDN biarkan Kedah kuasai perlawanan buat fans naik angin
Baru-baru ini, terdapat salah seorang pemain Kedah, Ariff Farhan Mat Isa melakukan inisiatif sendiri dengan menjual barangan peribadinya menerusi platform siaran langsung (live) di aplikasi TikTok.
Ariff dilihat mempromosi jaket Kedah milikinya kepada para penonton dengan harapan ia dapat dijual sekali gus menampung perbelanjaan hariannya.
Ariff Farhan menjual barangan peribadinya di TikTok.
Tindakan itu pemain itu jelas meraih simpati para penyokong yang sedia maklum dengan situasi semasa kewangan Kedah yang meruncing.
Ada penyokong yang mendoakan agar urusan Ariff dimudahkan dalam meniti masa-masa sukar akibat ketiadaan gaji.
Ariff Farhan (jersi kuning) merupakan watak senior dalam skuad Kedah. — Facebook/Kedah Darul Aman FC
"Sampai jual barangan, kasihan. Tak bersungguh langsung pengurusan (uruskan isu kewangan). Semoga dipermudahkan," kata penyokong menggunakan nama Jejaka Perasan.
"Semoga dipermudahkan urusan pemain-pemain, mereka tengah susah sekarang ni. Mana boleh kita sokong, kita sokong," komen Syed Ali.
"Mula-mula je rasa segan, orang meniaga ni muka kena tebal, percaya pada rezeki dari ALLAH. Jalan je bang, teruskan mencari rezeki," pesan Dee Padee pula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram