Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan ke-2, anggap perlu tambah baik persembahan


  • Podium
  • Rabu, 08 Jan 2025

Aaron dan Wooi Yik akan berdepan beregu Taiwan dalam pusingan kedua dalam harapan merebut slot suku akhir Terbuka Malaysia.

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik boleh menarik nafas lega apabila berjaya melepasi pusingan pertama Terbuka Malaysia apabila menyingkirkan Presley Smith-Chen Zhi Yi dari Amerika Syarikat.

Dalam pertembungan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Rabu, pemain negara yang berada di kedudukan keenam dunia itu memerlukan 57 minit untuk meraih kemenangan dengan keputusan 21-15, 16-21, 21-10.

Kemaraan itu sekali gus menyaksikan mereka akan berdepan Lee Fang-chih-Lee Fang-jen atau Liu Kuang-heng-Yang Po-ha dari Taiwan untuk mengesahkan slot ke pusingan suku akhir.

BACA LAGI: Terbuka Malaysia: Terikut-ikut rentak lawan, gagal baca ‘game’ antara asbab Pearly-Thinaah pulang awal

BACA LAGI: Terbuka Malaysia: Hari malang Jin Wei, kejang perut lepas tewas kepada pemain India

Malaysia’s Aaron Chia - Soh Wooi Yik in action for the mens double match during the Malaysia Open 2025 at Axiata Arena Bukit Jalil. — FAIHAN GHANI/The Star

Aaron Chia dan Wooi Yik meneruskan kemaraan dalam Terbuka Malaysia.

Aaron selepas perlawanan tersebut berkata, mereka memerlukan masa mencukupi untuk mendapatkan semula rentak sambil sempat berpuas hati dengan gaya permainan dipamerkan.

"Saya boleh katakan keadaan saya okay tetapi dengan tahun ini baru bermula, kami perlu masa untuk menemui prestasi sebenar. Saya juga boleh katakan persembahan kami memuaskan.

"Apa yang penting adalah kami berjaya menempah slot ke pusingan seterusnya. Untuk perlawanan selepas ini, kami akan memberi fokus sepenuhnya kepada persiapan," katanya.

Sementara itu, Wooi Yik pula berasakan gaya permainan mereka perlu menjadi lebih laju, namun tidak dapat berbuat demikian kerana perlu bertahan dengan asakan demi asakan daripada Smith-Zhi Yi.

"Kita sepatutnya meningkatkan ketangkasan dalam gelanggang. Mungkin kami tidak menyesuaikan diri dalam permainan dan mereka terus menyerangkan kami. Dari mula, saya dapat berasakan kami mempunyai kelemahan," katanya. — The Star/R KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram