
MESKIPUN sudah membawa skuad kebangsaan Indonesia ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, Shin Tae-yong dilepaskan pasukan tersebut pada Isnin, sekali gus menamatkan tempoh lima tahun bersama negara itu.
Pemergiannya mendesak pihak pengurusan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mencari pengganti segera dengan seseorang yang berkaliber serta berpengalaman perlu dibawa masuk.
Pencarian itu tidak memakan masa lama kerana hanya beberapa jam selepas memecat Tae-yong, mereka sudah mengumumkan kemasukan ketua jurulatih baharu skuad Garuda iaitu Patrick Kluivert.
BACA LAGI: [VIDEO] Revolusi Harimau Malaya buat Erick Thohir risau akan dipintas oleh Malaysia
BACA LAGI: Ejen Cristiano Ronaldo bakal adakan projek bersama TMJ, Erick Thohir?
Lebih mengejutkan lagi, pengumuman itu dibuat wartawan bola sepak ternama, Fabrizio Romano yang mengesahkan legenda bola sepak Belanda itu dipilih PSSI dan dia akan diperkenalkan pada 12 Januari depan.
"Patrick Kluivert sudah menandatangani kontrak sebagai pengendali baharu skuad Indonesia. Kontrak dua tahun berserta pilihan dua tahun sama ada mahu melanjutkan atau tidak," katanya.
Berdasarkan pemakluman itu, PSSI meletakkan sasaran kepada Kluivert untuk membantu skuad Garuda layak ke Piala Dunia dengan empat perlawanan berbaki dalam kempen kelayakan.
Keputusan itu sememangnya mengejutkan kerana badan induk bola sepak Indonesia itu perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menampung gaji bekas pemain Barcelona dan Newcastle United itu.
Sepanjang tempoh kejurulatihannya, Kluivert pernah berkhidmat sebagai pembantu pengendali di beberapa negara, seperti Curacao dan Cameroon selain pernah berkhidmat buat skuad belia.
Pasukan terakhir dikenalikan jurulatih berusia 48 tahun itu adalah Adana Demirspor di Turkiye dengan pengalaman diraih pasti diharapkan dapat membantu Indonesia ke tahap lebih tinggi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram