Ejen Cristiano Ronaldo bakal adakan projek bersama TMJ, Erick Thohir?


  • Podium
  • Ahad, 01 Dis 2024

Jorge Mendes merancang memulakan projek mega pembangunan bola sepak Asia Tenggara.

INDIVIDU yang dianggap sebagai super agent dalam bola sepak, Jorge Mendes memasang angan-angan untuk mengadakan projek di Asia Tenggara.

Dia yang merupakan ejen kepada Cristiano Ronaldo itu bertemu dengan pemilik Valencia, Peter Lim yang merupakan rakyat Singapura di negara tersebut.

Memetik laporan The Straits Times, Mendes dilihat berminat mengadakan projek tersebut bersama-sama pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir.

BACA LAGI: [VIDEO] Keputusan TMJ 'loan' 3 import tepat, prestasi semasa jadi ukuran 'booking' slot di JDT

BACA LAGI: TMJ ajar cara uruskan kelab, minta ubah 'mindset' tuding jari pihak lain

2910699

Erick Thohir (kiri) dan TMJ (kanan) dilihat akan terlibat dalam projek mega Jorge Mendes.

Menurut Mendes, dia mempunyai perancangan untuk membawa lebih ramai jurulatih berkaliber dari Eropah untuk menggilap bakat bola sepak Asia Tenggara seawal peringkat bawah sembilan tahun (B-9).

"Kita perlu mencari pemain yang berkualiti, sebab mustahil untuk tidak menemui pemain yang bagus dalam populasi seramai 600 juta orang. Mustahil kalau tak jumpa.

"Anda mesti mula membawa masuk individu, guru, jurulatih dari Portugal, Sepanyol dari Eropah.

"Hal ini kerana, daripada membawa masuk pemain (dari Eropah), kuncinya adalah anda mula mengubah pelan dan mula membawa masuk orang-orang profesional, mereka yang tahu apa yang terjadi dan apa nak buat. Ia adalah tindakan yang lebih bagus kerana Asia Tenggara mempunyai terlalu ramai pemain, terlalu ramai kanak-kanak dan semuanya sukakan bola sepak," kata Mendes.

Mendes bagaimana pun tidak mendedahkan secara mendalam perancangannya untuk projeknya di Asia Tenggara. Namun mungkin di masa depan, ia akan sedikit demi sedikit didedahkan.

Jika ia direalisasikan seperti dirancang, bola sepak di Asia Tenggara mampu diangkat ke tahap lebih tinggi berbanding sekarang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram