PENGENDALI Liverpool, Arne Slot percaya Manchester United yang berdepan kemerosotan prestasi sebenarnya jauh lebih baik berbanding kedudukan terburuk mereka dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.
The Reds kini mengumpul 45 mata di persada EPL selepas mengharungi 18 perlawanan domestik dan menjadi pilihan utama untuk merangkul trofi EPL pada musim ini.
Manakala, skuad The Red Devils pula berada di kedudukan ke-14 liga selepas lima kekalahan dalam enam aksi liga di bawah kendalian pengurus baharu Ruben Amorim.
BACA LAGI: Kunjungan ‘menyeramkan’ ke Anfield, Amorim patut turunkan 2 'winger' lincah — Legenda Man United
BACA LAGI: Gagal didaftarkan, bintang Barcelona mula direbut Man United, Liverpool
Meskipun mempunyai perbezaan dari segi pengumpulan mata, jurulatih kelahiran Belanda berkenaan menegaskan dia tidak memandang mudah lawannya di Anfield nanti.
"Tidak, sudah tentu tidak. Bagi saya, mereka tetap skuad berbahaya.
“Ia mungkin mengambil masa untuk pengurus Ruben Amorim mendapatkan hasil terbaik daripada pemainnya tetapi saya percaya mereka sebenarnya lebih baik berbanding kedudukan dalam liga sekarang,” katanya.
Slot memberi 14 kemenangan kepada Liverpool musim ini. — Agensi
Dalam pada itu, penyerang sayap utama Man United iaitu Marcus Rashford akan terlepas kunjungan Man United ke Anfield kerana sakit.
“Ia adalah situasi yang sama, pada masa ini dia sedang sakit. Dia tidak berlatih,” kata Amorim kepada pemberita menjelang perlawanan.
Amorim pada mulanya mengetepikan Rashford untuk kemenangan derbi 2-1 di Manchester City pada 15 Disember dan selepas itu terlepas aksi menentang Bournemouth (0-3), Wolves (0-2) dan menjadi pemain simpanan ketika tewas 0-2 kepada Newcastle. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram