'Playmaker' kelab Pantai Timur ikut jejak langkah Jesper Nyholm, sertai kelab Thailand


  • Podium
  • Sabtu, 04 Jan 2025

Kaung Mann (merah) kembali ke liga Thailand selepas menghabiskan tempoh empat bulan di kelab itu. — Facebook/KDN FC

PERUBAHAN kalendar Liga Super menyaksikan beberapa pasukan mengalami masalah untuk mengekalkan khidmat pemain import kerana masing-masing hanya terikat sehingga penghujung Disember.

Pemergian demi pemergian yang diumumkan menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong kerana pihak pengurusan sepatutnya lebih cakna mengenai situasi kontrak bagi mengelakkan hal sebegini berlaku.

Antara kelab mengalami masalah itu ialah Kelantan Darul Naim (KDN) FC yang baru-baru ini kehilangan khidmat pemain kebangsaan Myanmar, Aung Kaung Mann yang berkelana ke Thailand.

BACA LAGI: 'Jangan kena banyak penyakit', Kelantan Red Warriors hanya diharap stabil berbanding TRW, KDN

BACA LAGI: Fans Terengganu, KDN bergabung luah rasa kecewa aksi 'Derby Pantai Timur' diadakan di Selayang

Thank u for your support !!!Happy debut @kelantan_unitedfc

Kaung Mann (depan) tidak meninggalkan impak besar buat skuad Kijang Emas. Facebook/KDN FC

Perkara itu masih belum diumumkan pasukan Pantai Timur tersebut, namun sudah dikongsikan majikan baharu pemain terbabit iaitu Phrae United dalam satu hantaran di Instagram.

"Selamat datang kepada Kaung Mann yang dirasmikan sebagai ahli baharu kelab. Dia akan memakai jersi no. 16 dan bakal membantu kita dalam pusingan kedua dalam liga Thailand," tulisnya.

Kehadiran pemain berusia 26 tahun itu sememangnya diharapkan dapat membantu Phrae United menamatkan saingan di kedudukan teratas, sekali gus melayakkan diri beraksi dalam divisyen teratas buat kali pertama dalam sejarah.

Kaung Mann boleh dikatakan tidak asing dengan suasana bola sepak di Thailand kerana majoriti daripada kariernya dihabiskan di negara itu dengan beberapa pasukan sempat disertainya.

WhatsApp Image 2025-01-04 at 1.05.18 PM

Phrae United mengalu-alukan kehadiran Kaung Mann bagi baki liga kedua Thailand. Facebook/Phrae United

Malah, sebelum beraksi buat skuad Kijang Emas, pemain terbabit sudah berpengalaman membantu Nakhonratchasima Mazda FC menjuarai divisyen kedua Thailand dengan pencapaian itu pasti diharapkan dapat diulanginya.

Bagaimanapun, Phrae United perlu segera memberikan minit permainan mencukupi buat rekrut baharu mereka itu kerana sepanjang bersama KDN FC, dia hanya diturunkan sebanyak empat kali dengan kali terakhir adalah ketika berdepan Sri Pahang FC pada Oktober lalu.

Perpindahan itu menyaksikan Kaung Mann mengikut jejak beberapa pemain Liga Super berkelana ke Thailand, termasuk bek tengah Perak FC, Jesper Nyholm yang menyertai PT Prachuap baru-baru ini.

Kontrak pemain pertahanan terbabit turut berakhir pada penghujung Disember lalu dengan pihak pengurusan kelab Utara tanah air itu mengambil keputusan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram