TONGGAK tengah Sepanyol, Dani Olmo rasminya tidak dapat didaftarkan untuk separuh kedua musim La Liga bersama Barcelona apabila disahkan dia kini berstatus ejen bebas dan boleh menyertai mana mana kelab.
Perkara itu berlaku susulan terdapat klausa khas dalam kontrak bekas pemain RB Leipzig itu yang membenarkan pemain tersebut menjadi ejen bebas jika tidak dapat didaftarkan dalam liga.
Olmo sepatutnya menyertai Barcelona dari RB Leipzig dengan bayaran £50 juta (RM232 juta) pada Ogos lepas tetapi kelab itu tidak dapat memenuhi had gaji La Liga sehingga mengakibatkan situasi itu berlaku.
BACA LAGI: [VIDEO] Bintang muda Barcelona alami pendarahan serius, terpaksa terima 10 jahitan dekat muka
BACA LAGI: Susahnya nak dapatkan Zidane, Man United tak sabar-sabar buru coach buangan Barcelona ganti Ten Hag
Situasi berkenaan membawa kepada spekulasi mengenai masa depan Olmo di skuad Catalan, kerana Olmo pasti akan mempunyai ramai permintaan di tempat lain dan antara yang menginginkan khidmatnya ialah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
Menurut Mundo Deportivo, Arsenal adalah yang pertama menunjukkan minat terhadap Olmo dan ada juga keinginginan dari semua enam kelab besar dalam EPL seperti Liverpool, Manchester United, Manchester City, Chelsea serta Tottenham Hotspur.
Pemain berusia 26 tahun itu menyerlah pada 2024 apabila memenangi Euro bersama Sepanyol sebelum perpindahan ke Barcelona.
Dia berhasil merekodkan 10 gol dan empat bantuan dalam 24 penampilan terakhirnya dalam semua pertandingan untuk kelab dan negara.
Olmo kelihatan seperti pemain penyerang yang diperlukan oleh Arsenal buat masa ini selepas pemain utama mereka iaitu Bukayo Saka dilaporkan mengalami isu kecederaan dan terpaksa berehat lama.

Olmo menyertai Barcelona dari RB Leipzig pada Ogos. — Agensi
Kehadiran Olmo boleh menambah lebih banyak pilihan di bahagian serangan lagi-lagi kini mereka mengejar kejuaraan EPL dan Liga Juara-Juara. Namun, Olmo akan mengalami situasi perebutan minit permainan sekiranya memilih The Reds.
Manakala, United pula memerlukan lebih banyak kualiti dalam hampir semua bahagian, jadi minat mereka terhadap Olmo tidak mengejutkan tetapi masih perlu dilihat jika dia sesuai dengan keadaan semasa pasukan bimbingan Ruben Amorim.
The Red Devils berada di tempat ke-14 dalam carta Liga Perdana, semakin hampir dengan zon penyingkiran. Oleh itu, Olmo pasti akan cenderung kepada Arsenal atau Liverpool berbanding Man United. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
