Sony Norde kini jumpa kelab baharu, sertai Malut United di Indonesia


  • Podium
  • Jumaat, 03 Jan 2025

Norde (kanan) diperkenalkan sebagai pemain baharu Malut United.

SELEPAS memilih untuk meninggalkan Kedah Darul Aman FC pada pertengahan musim, pemain dari Haiti, Sony Norde kini mempunyai kelab baharu.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan yang di akan ke Indonesia dan khabar angin itu jelas benar apabila Norde disahkan menyertai Malut United.

Dalam siaran mereka pada Jumaat, Malut mengumumkan ketibaan Norde bersama-sama seorang lagi pemain iaitu Jonathan Bustos.

BACA LAGI: [VIDEO] Sony Norde hanya pergi 6 bulan, janji balik KDA FC kalau semua selesai

BACA LAGI: Sedihnya tiada lambaian perpisahan Sony Norde kepada penyokong di Darul Aman

"Selamat datang Bustos dan Norde, inilah keluarga baharu anda!," kata Malut dalam kenyataan mereka.

Norde yang berusia 35 tahun, pertama kali menyertai bola sepak Indonesia selepas berkelana untuk beberapa musim di Malaysia.

Sebelum ini, Norde bermain untuk beberapa kelab di Liga Super seperti Kedah, Terengganu FC dan Melaka United FC.

Norde meninggalkan Kedah selepas kemelut gaji yang tidak berkesudahan di kelab itu dengan kali terakhir dia beraksi pada perlawanan bertemu Sri Pahang FC.

Malut kini menduduki tangga ke-12 Liga 1 Indonesia dengan mengutip 22 mata daripada 17 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram