[VIDEO] Lepas tomoi, tapak dada lawan, Budiman FC digugurkan liga amatur Johor


  • Podium
  • Khamis, 02 Jan 2025

Tangkap layar daripada dua insiden yang menyaksikan Budiman FC dikecam orang ramai di media sosial.

BULAN lalu, hangat diperkatakan di media sosial berhubung insiden kekasaran melibatkan dua kelab amatur di Johor apabila seorang pemain bertindak menumbuk lawannya selepas kehilangan bola.

Tindakan itu jelas mengundang kemarahan dari warga maya yang berasakan sikap sedemikian tidak sepatutnya dibawa ke atas padang kerana sukan itu sepatutnya menjadi medium gaya hidup sihat.

Rasa kurang senang tersebut semakin kuat diluahkan apabila orang ramai mendapati pemain berkelakuan tidak profesional itu beraksi buat Budiman FC yang turut terlibat dalam sebuah lagi kontroversi tahun lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas heboh kung fu lawan, kelab bola sepak amatur di Johor pamer skil tomoi pula

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Jaga-jaga pemain no.7’, tindakan melampau pemain bola sepak amatur resahkan kelab-kelab di selatan tanah air

Isu yang dimaksudkan adalah apabila pemain kelab amatur Johor itu menendang dada pihak lawan ketika perebutan bola sehingga meninggalkan parut jelas terhadapnya.

Menyedari perkara itu, peminat bola sepak tanah air kemudian meminta supaya pasukan tersebut digugurkan daripada pertandingan disertai mereka, iaitu Arena Champion League.

Desakan itu akhirnya didengari apabila pada Khamis, pihak penganjur mengumumkan kelab berkenaan akan digugurkan berikutan kedua-dua insiden yang hanya mencalarkan imej liga berkenaan.

"Kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami akan menggugurkan secara automatik bagi penyertaan Budiman FC dalam saingan Arena Champion League 2024. Dengan keputusan ini, secara tidak langsung perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat antara Buiman FC dan Pantherz FC juga akan dibatalkan.

WhatsApp Image 2025-01-02 at 7.02.39 PM

Kenyataan dikeluarkan pihak penganjur Arena Champion League.

"Keputusan ini diambil atas faktor kegagalan Budiman FC mengawal pasukan di atas padang dan kegagalan pengawalan emosi ketika perlawanan sedang berlangsung dengan pelanggaran akta tatatertib dan disiplin pada aksi separuh akhir antara Budiman FC dan AMNA FC," tulisnya.

Pemakluman yang dikongsikan di media sosial itu turut disertakan tiga insiden melibatkan kelab amatur itu dengan kesemua kontroversi itu akan mencalarkan imej Arena Champion League.

Tindakan tegas diambil pihak penganjur itu wajar dijadikan contoh kerana sikap sedemikian hanya akan mencalarkan reputasi bola sepak selain membangkitkan pandangan skeptikal mengenainya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram