BINTANG pertahanan muda FC Barcelona, Pau Cubarsi menerima 10 jahitan di bahagian muka selepas disepak oleh pasukan lawan, Crvena Zvezda dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Khamis (7 November).
Cubarsi yang bertembung dengan penyerang Crvena Zvezda, Uros Spajic dilihat mengalami pendarahan di bahagian muka sehingga terpaksa meninggalkan padang perlawanan.
Menurut laporan Mundo Deportivo, pemain berusia 17 tahun itu terus menuju ke arah terowong stadium bersama-sama pasukan perubatan sebelum menerima 10 jahitan untuk menutup luka tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Ex 'duo' Selangor FC buat reunion semula di Indonesia
Tangkap layar video Instagram Gavi yang memuat naik perkembangan Cubarsi.
Pemain FC Barcelona, Pablo Gavi juga memuat naik perkembangan Cubarsi dalam Instagram memperlihatkan wajah pertahanan graduan Akademi La Masia itu selepas menerima rawatan.
Insiden membabitkan pemain pertahanan muda itu sesuatu yang ngeri, namun begitu Cubarsi telah menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.
Pengendali FC Barcelona, Hansi Flick turut membawa perkembangan positif tentang Cubarsi selepas pasukannya muda menundukan Crvena Zvezda dengan keputusan 5-2 di Belgrade, Serbia.
"Cubarsi berada dalam keadaan baik, dia mempunyai parut di wajah. Tetapi dia masih muda dan akan sembuh dengan cepat."
FC Barcelona kini pulang semula ke Sepanyol untuk menghadapi perlawanan liga hujung minggu ini bertemu Real Sociedad. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram