Ada kaitan dengan Sang Penyu, CEO Harimau Malaya rupanya rakan sepasukan legenda Terengganu


  • Podium
  • Selasa, 31 Dis 2024

Issey sebelum ini pernah membantu bahagian serangan skuad Sang Penyu dari musim 2015 hingga 2017. 

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bekas pemain kebangsaan Kanada dan kelab Eintracht Frankfurt iaitu Robert Douglas Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Rob Friend bakal menjadi peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad Harimau Malaya.

Friend yang berasal dari Kanada pernah beraksi bersama beberapa kelab terkemuka sepanjang kariernya antaranya Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin serta LA Galaxy di Amerika Syarikat.

BACA LAGI: Cemerlang di Bukit Jalil, ramai tak sangka gaji bintang Singapura pernah serendah pemain Piala MFL

BACA LAGI: Maniam mula congak keutamaan demi pastikan PDRM capai kedudukan terbaik

Bekas penyerang antarabangsa Kanada itu kemudiannya menceburkan diri dalam bidang pengurusan bola sepak selepas bersara dengan dia menjadi sebahagian daripada pengasas Canadian Premier League (CPL) pada 2019.

Malah, dia turut menjadi pengasas bersama bagi kelab Kanada iaitu Pacific FC yang merupakan pasukan bagi bekas pemain Terengganu FC, Issey Nakajima-Farran bagi tempoh serupa sebelum menubuhkan Vancouver FC pada 2022.

CEO Harimau Malaya itu sebelum ini mungkin tidak pernah beraksi dengan mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga M) namun siapa sangka Friend mempunyai rakan yang beraksi di saingan domestik.

Pemain berkenaan merupakan legenda import Terengganu FC (TFC), Issey Nakajima-Farran yang sebelum ini pernah membantu bahagian serangan skuad Sang Penyu dari musim 2015 hingga 2017.

DALAM DALAM

Perkongsian dari laman penyokong, Pecinta Bola Sepak Malaysia.

Ketika bersama Terengganu, pemain antarabangsa Kanada berkenaan membantu pasukan Pantai Timur itu kembali ke Liga Super pada 2017 dengan merekodkan 32 jaringan dalam 61 penampilan.

Selain bersama Terengganu, Issey juga pernah mewakili dua kelab Liga Malaysia iaitu Sri Pahang FC yang menyaksikan dia berjaya menjaringkan enam gol dalam 10 penampilan terakhir sebelum menyertai Pacific FC pada 2019.

Hubungan antara Issey dan Friend yang pernah menjadi rakan sepasukan itu setidaknya boleh membantu CEO berkenaan mendapat sedikit pendedahan mengenai Malaysia sebelum duduk di kerusinya pada Januari ini.

Untuk info, kedua-dua pemain itu pernah bersama-sama mewakili Kanada dalam lapan perlawanan dan merekodkan tiga kemengan, dua seri dan selebihnya kalah sewaktu menentang Hungary, Estonia serta Mexico. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram