PERTEMBUNGAN mendebarkan mampu disaksikan peminat badminton negara apabila pemain perseorangan, Lee Zii Jia berpeluang berdepan jaguh dari China, Shi Yu Qi dalam Terbuka Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 7 sehingga 12 Januari.
Ini selepas undian yang dikeluarkan pada Ahad dengan kedua-dua bintang perseorangan dunia itu perlu mengharungi cabaran di peringkat awal sebelum bertemu di suku akhir.
Usaha itu juga bukanlah sesuatu yang mudah kerana Zii Jia yang berada di tangga keenam dunia akan berdepan wakil Taiwan, Su Li-yang dengan kemaraan ke pusingan kedua bakal menyaksikannya berdepan pemain China, Lei Lanxi.
BACA LAGI: Terbuka Jepun: Lee Zii Jia dapat laluan mudah lepas Viktor, Kunlavut tarik diri
Zii Jia pasti mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Pemain yang tidak lagi berada di bawah bimbingan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu pasti enggan memandang rendah setiap lawan bakal dihadapi berikutan kecederaan buku lali dialami di Pusingan Akhir Jelajah Dunia di Hangzhou, China pada awal bulan lalu.
Sementara itu, Yuqi dijangkakan tidak berdepan masalah apabila diundi bertemu pemain no 15 dunia, Kenta Nishimoto di pusingan pertama dengan kelebihan berpihak kepada jaguh China berkenaan.
Sekiranya dia melayakkan diri ke pusingan seterusnya, terdapat kemungkinan dia akan berdepan seorang lagi wakil Malaysia, Leong Jun Hao yang membuat penampilan pertama dalam Terbuka Malaysia.
Untuk rekod, kali terakhir Yuqi dan Zii Jia bertemu adalah ketika separuh akhir All England 2023 yang menyaksikan pemain China itu menundukkan lawannya dalam kemenangan straight set.
Malah, sepanjang karier masing-masing, mereka pernah berdepan sebanyak empat kali dengan tiga daripadanya dimenangi Yuqi dengan rekod berkenaan pasti mahu ditambah baik Zii Jia. — The Star/R KIRUBASHINI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram