JABATAN Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) telah meluluskan penubuhan kelab pickleball di sekolah menengah di seluruh Sibu, dengan pelajar yang mengambil bahagian akan menerima mata aktiviti kokurikulum.
Perkara itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek dan Presiden Persatuan Pickleball Sibu, Joseph Chieng selepas menerima surat kelulusan daripada jabatan tersebut.
Chieng percaya sekolah-sekolah akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan populariti pickleball di Sibu dan Sarawak.
“Sukan pickleball yang menggabungkan elemen badminton, pingpong dan tenis semakin popular.
BACA LAGI: SportExcel umum kerjasama dengan Saif Nordin, cungkil bakat baharu sukan lawan pedang negara
BACA LAGI: Bomba kini dalam keadaan bersiap sedia ekoran gempa bumi di Ranau
“Ia juga dijangka bakal dipertandingkan buat pertama kali di pada Sukan Malaysia 2026.
“Kelulusan daripada JPNS ini adalah satu langkah besar dalam memupuk sukan ini di peringkat tempatan,” ujarnya.
Chieng mengucapkan terima kasih kepada JPNS dan Pejabat Pendidikan Bahagian Sibu atas tindakan pantas dan sokongan mereka.
"Penubuhan kelab pickleball ini akan menyediakan pelajar lebih banyak pilihan kokurikulum sambil mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif.
"Pelajar yang menyertai kelab ini akan mendapat mata aktiviti kokurikulum, menggalakkan penyertaan yang lebih besar dalam sukan dinamik ini," tambahnya.
Persatuan berkenaan sedia untuk bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Bahagian Sibu bagi memastikan inisiatif itu berjaya dilancarkan.
Fasa pertama akan menyaksikan penubuhan kelab pickleball di lima hingga 10 sekolah menengah menjelang awal 2025.
Chieng menekankan manfaat yang lebih luas daripada inisiatif itu dan menyeru sekolah-sekolah untuk memberi sokongan aktif.
“Ini bukan sekadar memperkenalkan sukan tetapi demi memupuk perkembangan holistik dalam kalangan pelajar juga sebagai pengalaman sekolah mereka.
“Saya berharap pickleball menjadi aktiviti yang digemari pelajar-pelajar di Sibu dan sekitarnya,” kata Chieng. — The Star/ANDY CHUA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram