JURULATIH badminton beregu negara, Tan Bin Shen mengumumkan dirinya akan mengundurkan diri daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 13 Januari depan selepas empat tahun dalam organisasi berkenaan.
Perkara berkenaan dinyatakan dalam satu hantaran di laman media sosial badan induk badminton negara terbabit pada Jumaat yang sempat menzahirkan penghargaan kepada jurulatih itu.
"BAM berterima kasih kepada Bin Shen atas dedikasi serta sumbangannya terhadap arena badminton negara, terutamanya dalam membentuk Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang merupakan bekas Juara Dunia dan pemenang pingat Olimpik," tulisnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Sedih dibuang BAM, pemain badminton negara 'move on' mahu fokus belajar
BACA LAGI: Ahli jawatankuasa tinggi BAM antara dipanggil bantu siasatan dakwaan rasuah — SPRM
Herry IP menamatkan karier kejurulatihannya di Indonesia selepas 25 tahun. — Agensi
Sebelum ini, laporan mengatakan peranan itu akan diisi jurulatih legenda Indonesia, Herry Iman Pierngadi atau lebih dikenali sebagai Herry IP yang baru-baru ini meninggalkan persatuan tersebut selepas 25 tahun berkhidmat.
Jika pelantikan itu direalisasikan, terdapat kemungkinan pasukan beregu negara akan berkembang memandangkan pengalamannya cukup luas, termasuk melahirkan dua pemenang pingat emas Olimpik, Tony Gunawan-Candra Wijaya serta Hendra Setiawan-Markis Kido.
Bagaimanapun, setakat ini, BAM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pelantikan Bin Shen dengan keputusan berkemungkinan hanya akan dibuat pada pertengahan Januari depan.
Dalam pada itu, jurulatih berusia 40 tahun itu berkata, peluangnya bersama skuad badminton negara sememangnya sukar dilupakan kerana pelbagai kejayaan mampu dikecapi.
"Ia merupakan satu perjalanan yang amat membanggakan sepanjang saya bersama pasukan beregu lelaki negara. Saya bangga dengan pencapaian diraih dan saya teruja akan masa depan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram