SETIAP peminat bola sepak pastinya menaruh harapan tinggi sekiranya kelab membawa masuk pemain baharu atau import terutamanya dalam pasukan.
Kemasukan setiap pemain itu boleh dianggap sebagai nafas baharu dalam pasukan sama ada memantapkan benteng pertahanan atau mempertajamkan jentera serangan.
Setiap kali kelab mengumumkan pemain baharu, penyokong kelab itu akan tersenyum lebar dengan ada yang berharap agar pasukan itu bertambah kukuh dalam memberi saingan untuk mengungguli carta.
BACA LAGI: Pengumuman CEO HM semakin hampir, ramai teka bos KL City, legenda JDT bakal isi jawatan
BACA LAGI: Stano beri kredit kepada OKS, Badrul Afzan enggan tunduk kepada JDT
Walaupun mencetak gol untuk Gergasi Merah, ramai penyokong The Red Giants masih tidak berpuas hati dengan persembahan Ronnie Fernandez (kanan). — Facebook/Selangorfc
Namun, sekiranya pemain terbabit gagal menunjukkan prestasi cemerlang di atas padang, sudah pasti caci maki dan kecaman yang akan memenuhi ruangan komen di media sosial.
Itulah yang kini berlaku ke atas tiga pasukan tanah air apabila bintang yang disanjung oleh mereka tidak mempamerkan prestasi sebenar di atas padang.
Berdasarkan pemerhatian Majoriti, terdapat tiga pasukan kini berdepan dengan penyudah yang tumpul meskipun di awal kemasukan mereka dimulai dengan pujian.
1. Jorge Obregon
Penyokong Harimau Selatan pastinya sudah cukup mengenali bintang kelahiran Colombia, Jorge Obregon yang dibawa masuk Ogos lalu.
Obregon yang berstatus sebagai penyerang termahal itu dibawa masuk musim ini untuk memantapkan lagi jentera serangan JDT.
Meskipun meledak empat gol dan satu assists selepas 16 perlawanan liga domestik dan antarabangsa namun penyokong JDT nampaknya tidak berpuas hati dengan ketajaman Obregon di depan pintu gol.
Oleh itu, peminat Harimau Selatan berpendapat kualiti Obregon masih belum menyamai pemain import sedia ada, Bergson da Silva meskipun umurnya lebih muda daripada bekas penjaring terbanyak Liga Super 2022 itu.
Dalam setiap penampilannya bersama JDT, sudah pasti dia tidak pernah terlepas dengan kecaman dari penyokong Harimau Selatan itu.
Nelson Bonilla berhasil mencetak gom buat Sang Penyu.
2. Ronnie Fernandez
Penyerang Selangor FC, Ronnie Fernandez antara import yang sering dikritik kerana tumpul di depan pintu gol walaupun memiliki potensi yang tinggi.
Sebagai seorang penyerang, tugas utama Fernandez adalah untuk menjaringkan gol, namun prestasinya setakat ini gagal memenuhi jangkaan penyokong Gergasi Merah.
Walaupun sering berada di posisi yang baik untuk menjaringkan gol, dia kelihatan sukar untuk menyempurnakan peluang yang ada.
Keadaan itu menyebabkan dia kurang mendapat tempat di hati penyokong Selangor, yang mengharapkan impak lebih besar daripada penyerang utama pasukan mereka.
Keberadaan Fernandez di Selangor FC menjadi tanda tanya, dengan ramai yang berharap dia dapat mengatasi masalah penyudah dan menunjukkan prestasi lebih konsisten dalam perlawanan akan datang.
Fernandez hanya meledak sembilan gol selepas 25 perlawanan liga domestik dan antarabangsa.
3. Nelson Bonilla
Penyerang Terengganu FC, Nelson Bonilla sering dikritik kerana ketumpulannya di depan gol walaupun memiliki pengalaman dan kebolehan.
Sebagai penyerang utama, dia gagal menyempurnakan peluang yang ada, menyebabkan dia sukar memenangi hati penyokong.
Penyokong berharap Bonilla dapat memperbaiki ketajaman penyudahnya untuk memberi impak yang lebih besar dan membantu pasukan mencapai kejayaan.
Kekurangan jaringannya menimbulkan persoalan mengenai kesesuaian Bonilla sebagai penyerang utama.
Untuk rekod, penyerang kelahiran El Salvador itu hanya mencetak tiga gol selepas 10 perlawanan liga domestik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram