PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan status pemain warisan yang dikaitkan dengan Harimau Malaya.
Menurut Tunku Ismail, ada di antara pemain-pemain naturalisasi yang disensasikan dalam media sosial tidak mengetahui tentang kewujudan negara ini.
Baginda memaklumkan bahawa usaha mengenal pasti pemain warisan berkelas dunia bakal terus dilakukan walaupun usaha awal masih belum membuahkan hasil.
BACA LAGI: 'Bukan doktor yang tiada pencapaian', TMJ beri nafas baharu dalam sistem perubatan Harimau Malaya
"Yang ada-ada itu apabila ditanya, ada yang tak tahu pun Malaysia dekat mana. Perkataan lebih tepat ialah, 'Saya bukan orang Malaysia, dan di mana Malaysia sebenarnya'.
"Kami dah buat kajian dan menyapa mereka tetapi pencarian akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi," tambah Tunku Ismail di laman X.
Antara pemain-pemain warisan sensasi yang dikaitkan dengan Malaysia ialah kapten Burnley FC, Josh Brownhill (England) dan beberapa bintang lain yang beraksi di Eropah.
Yang ada ada tu apabila ditanya, ada yang tak tahu pun Malaysia dekat mana. Exact words was “I’m not Malaysian, and where is Malaysia anyways.” Kami dah buat research dan approach. Tetapi scouting akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi. https://t.co/Uyx6TIaYqe
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 27, 2024
Tunku Ismali juga mengesahkan bahawa projek revolusi skuad kebangsaan yang diketuai baginda juga telah dimaklumkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infatino semasa perjumpaan mereka baru-baru ini di Qatar.
"Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh Pemangku Sultan Johor dan ia juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.
"Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram