[VIDEO] Gagal cari makan di Malaysia, 3 pemain warisan termasuk Curran Ferns terpaksa balik kampung dengan 'tangan kosong'


  • Podium
  • Jumaat, 27 Dis 2024

Pemain-pemain warisan Malaysia yang beraksi di liga amatur sebelum menyarung jersi pasukan kebangsaan.

TIDAK dapat dinafikan Malaysia menjadi antara destinasi pemain-pemain warisan negara untuk mengembangkan karier bola sepak mereka apabila gagal menembusi pasaran liga-liga utama negara kelahiran.

Antara pemain warisan yang dahulunya beraksi di liga-liga amatur negara kelahiran mereka ialah Darren Lok (England), Nicholas Swirad (England), Samuel Somerville (England), Daniel Ting (England) dan beberapa bintang kacukan lain.

Namun begitu, beraksi di pentas amatur Eropah bukanlah bermaksud mereka tidak mempunyai kualiti tersendiri akan tetapi lambakan pemain-pemain dari serata dunia menghalang peluang bintang kacukan Malaysia untuk tembusi pasaran divisyen utama liga.

BACA LAGI: [VIDEO] Rekod menarik persis 'kembar' Bergson, Nguyen Xuan Son wajar ditebus Selangor FC musim depan

BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh Guardiola bukan jurulatih 'ubi muda', jangan tak percaya Malaysia juga ada Nafuzi Zain 'copy ori' Jurgen Klopp, lahirkan 13 bintang Liga Super

Bukti bahawa pemain warisan negara mempunyai kualiti tersendiri apabila nama-nama seperti Stuart Wilkin (England), Matthew Davies (Australia), Junior Eldstal (Sweden) sudahpun menyarung jersi skuad kebangsaan.

Dalam Liga Malaysia sendiri sudah ada lebih 10 pemain warisan yang kini sedang beraksi bersama kelab-kelab Liga Super.

Antara pemain warisan berstatus gred A ialah Natxo Insa (Sepanyol), La'Vere Corbin-Ong (England) dan Nooa Laine (Finland) yang mana mereka sebelum itu beraksi di liga divisyen utama negara Eropah.

Namun tidak kesemua pemain warisan berjaya sehingga menyarung jersi skuad kebangsaan dengan ada di antara mereka terpaksa pulang ke negara kelahiran apabila menjadi mangsa isu tunggakan gaji.

Hadir dengan harapan tinggi untuk beraksi di pentas tertinggi bola sepak, Majoriti senaraikan tiga pemain warisan pulang ke tempat asal dengan tangan kosong:

1. Curran Ferns (Australia)

Curran Ferns pertama kali beraksi di Malaysia ialah pada 2016, yang mana dia menyertai Johor Darul Takzim (JDT) bersama-sama pemain kacukan yang lain seperti Stuart Wark dan Samuel Somervile.

Bekas pemain berusia 29 tahun ini pernah beraksi selama satu setengah musim bersama Felda sebelum berhijrah ke Sukhothai FC pada pertengahan 2018 bersama-sama Shahrel Fikri yang menyertai Nakhon Ratchasima FC ketika itu.

Namun, Ferns jarang mendapat peluang untuk tampil dalam kesebelasan Sukhothai dan kerap memanaskan bangku simpanan sehingga menyebabkan dia kembali ke Malaysia mewakili Melaka United pada 2019.

Malangnya tragedi hitam mula berlaku apabila Ferns mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada usia 27 tahun selepas menerima tunggakan gaji dari Melaka United.

Shazalee

Shazalee (kiri) ketika beraksi bersama Sarawak United.

2. Shazalee Ramlee (Australia)

Bekas pemain warisan Australia-Malaysia, Shazalee Ramlee kini sedang menjalani hidup sebagai pengurus sebuah syarikat perlombongan selepas meninggalkan bola sepak demi kelangsungan hidup di negara kelahirannya.

"Saya kembali ke Perth, Australia di mana saya dah 'settled down' dengan isteri. Selepas bola sepak saya mula menceburi karier dalam bidang korporat di sini (Australia).

"Berkenaan bola sepak, saya menjadi jurulatih dan berkerja rapat dengan pemain-pemain muda menerusi latihan personal.

"Selain itu, saya juga bermain futsal dalam Western Australian League, saya merasai seronok dengan pengalaman berbeza," katanya kepada Majoriti.

Shazalee mengakui insiden detik hitam bersama Sarawak United pada 2018 membuatkan dia trauma untuk bermain bola sepak sekali gus memilih untuk bersara awal meskipun umur belum lagi mencecah lebih 30 tahun.

"Kadang-kadang saya fikir dari semasa ke semasa, tetapi sejujurnya, saya tidak merinduinya. Saya tidak mempunyai keinginan untuk kembali dan bermain.

"Terdapat banyak isu, seperti sedia maklum gaji tertunggak yang merupakan isu biasa dalam bola sepak Malaysia.

"Ia merupakan sesuatu yang saya alami sepanjang berada di sana (Malaysia)

"Tahun terakhir saya di Malaysia pada 2018, saya memilih untuk menamatkan kontrak sya lebih awal dengan Sarawak United dan meminta penamatan bersama awal.

"Ia untuk menjamin bahawa sebahagian daripada gaji saya dibayar dan mungkin satu-satunya cara boleh mendapatkan gaji dengan cara paling pantas," jelasnya.

Wong

Wong kini berusia 34 tahun. Facebook/JDT

3. Ernest Wong (New Zealand)

Mempunyai ketinggian 1.83 meter, Ernest Wong dijangka menjadi pengganti Farizal Marlias sebagai posisi penjaga gol selepas mempunyai fizikal yang lebih baik daripada pemain senior itu.

Bermula daripada JDT II pada 2020, Wong gagal menjadi pilihan utama ketua jurulatih apabila Izham Tarmizi dan Haziq Nadzli lebih menjadi pilihan ketika itu.

Tidak mendapat peluang, Wong mencuba nasib dengan menyertai Kuala Lumpur City (KL City) pada 2021 namun apa yang peliknya skuad warga kota mempunyai lima penjaga gol dalam skuad utama iaitu Zamir Selamat, Khatul Anuar, Julian Bechler dan seorang lagi pemain import kacukan Filipina kelahiran Denmark iaitu Kevin Ray Mendoza.

Kecewa masih belum mendapat tempat sebagai penjaga gol utama, Wong kembali ke New Zealand untuk menyertai Manukau United FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram