TMJ jumpa Madame Pang, buka peluang lebih ramai ‘ubi muda’ kebangsaan beraksi di Liga Thailand


  • Podium
  • Khamis, 19 Dis 2024

Tunku Mahkota Ismail (kanan) bersama Presiden FAT, Nualphan Lamsam (kiri). — JDT

PELUANG untuk menyaksikan pemain Malaysia beraksi di Thailand makin terbuka luas.

Hal ini merujuk kepada perbincangan hasil pertemuan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam.

Nualpham atau lebih mesra dikenali dengan Madame Pang membincangkan beberapa perkara penting bersama Tunku Ismail bagi mengukuhkan kerjasama antara Johor dan juga Thailand.

BACA LAGI: Kritik JDT tak dapat kad, FAM jawab semula kenyataan Fandi Ahmad, pengadil buat keputusan tepat

BACA LAGI: [VIDEO] Bawa aura Serbia, bintang Buriram United, ex-Liverpool mampu bantu Kinoshi di Selangor

Hal ini termasuklah melihat peluang pemain muda Malaysia untuk beraksi di Thailand berdasarkan pertemuan antara dua individu berpengaruh dalam bola sepak Asia Tenggara itu.

"Adalah satu penghormatan untuk bertemu Madame Pang, Presiden FA Thailand.

"Perbincangan itu tertumpu kepada cara mengeratkan hubungan antara Johor dan Thailand, termasuk menyediakan lebih banyak peluang kepada pemain bola sepak muda Malaysia untuk bermain di Thailand,” ujar Baginda dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, kelab-kelab Thai League 1 turut dimaklumkan tiada had untuk mendaftarkan pemain import dari rantau Asean.

Bagaimanapun, hanya dua pemain saja yang boleh diturunkan di atas padang.

Thai League 1 pada musim ini hanya membenarkan pendaftaran sembilan pemain import termasuk tiga pemain dari rantau Asean. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram