[VIDEO] Ong Kim Swee beri jaminan bawa import baharu, Fernando Forestieri jadi sasaran Persis Solo?


  • Podium
  • Selasa, 24 Dis 2024

Forestieri dikaitkan akan beraksi bersama kelab Indonesia, Persis Solo untuk menggantikan pemain import sedia ada.

BEKAS bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Fernando Forestieri kini dikaitkan kembali beraksi selepas kali terakhir bermain secara kompetitif pada 25 Mei lalu ketika mencentak dua jaringan gol bertemu Kuala Lumpur City FC di Stadium Kuala Lumpur.

Selepas daripada perlawanan itu, Forestieri terus disisihkan oleh pengendali JDT, Hector Bidalgio sehingga dia mengumumkan secara rasmi perpisahan dengan Harimau Selatan pada 20 September lalu.

Berusia 34 tahun, Forestieri sebelum ini dikaitkan pulang kembali ke pasukan lamanya iaitu Watford FC yang kini beraksi di EFL Championship (liga divisyen kedua England) dan sedang menduduki tangga kelapan liga itu.

BACA LAGI: Penyokong gembira pemergian Luka, sedih Jesper umum aksi terakhir bersama Perak FC

BACA LAGI: [VIDEO] Perjelas insiden amuk di 'dressing room', ex import TFC dedah ayah tak restu main bola, cari duit kerja kedai runcit

Kini Forestieri dikaitkan kembali ke Asia Tenggara namun bukan bersama kelab Malaysia tetapi merantau untuk beraksi di negara jiran, Indonesia.

Menurut media Indonesia, Liga 1 News, Forestieri dikaitkan akan beraksi bersama kelab Indonesia, Persis Solo untuk menggantikan pemain import sedia ada.

"Peluang besar ada pada nama Forestieri yang sempat menjadi khabar angin sejak musim lalu untuk menggantikan David Gonzales."

Sebelum ini, pengendali Persis Solo, Datuk Ong Kim Swee juga dikhabarkan akan membawa masuk pemain baharu bagi membantu pasukannya itu keluar dari zon penyingkiran.

Menerusi laporan media Indonesia, Kim Swee menjanjikan akan membawa pemain baharu pada jendela perpindahan kedua Liga 1 Indonesia 2024-2025.

Bekas pengendali Sabah FC itu mengakui memerlukan kemasukkan pemain baharu untuk meningkatka prestasi Persis Solo yang menghuni tangga ke-16 liga ketika ini.

"Pasti akan ada penambahan baik dari segi pemain, namun saya harus berbelanja mengikuti apa yang diberikan oleh pihak pengurusan.

"Mereka juga memahami keadaan kita (Persis Solo) saat ini.

"Kita (Persis Solo) harus fokus terlebih dahulu untuk pertandingan terakhir pada pusingan pertama untuk memastikan kita tidak ketinggalan jauh.

"Di mana kini kita berada di zon merah (penyingkiran).

"Kita harus keluar secepat mungkin," kata Kim Swee

Dengan Kim Swee membimbing Persis Solo, tidak hairan jikalau Forestieri menjadi sasaran utama pengendali kelahiran Melaka itu kerana beliau cukup mengenali corak permainan bekas bintang JDT dalam Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram