SEHINGGA hari ini, Kedah Darul Aman (KDA) FC masih gagal mencari pengganti kepada bekas pemain tengah mereka, Mahmoud Al-Mardi yang beraksi selama semusim buat kelab tersebut pada 2022.
Pemain yang dikenali dengan larian lincah serta kebolehan mencipta peluang buat rakan sepasukan itu sememangnya asyik untuk ditonton meskipun tempohnya bersama skuad Sang Kenari tidaklah begitu lama.
Sentuhan penyudahnya juga tidaklah mengecewakan kerana berdasarkan statistik, pemain kebangsaan Jordan itu merekodkan sembilan gol, termasuk jaringan hatrik dalam kempen Piala AFC pada musim tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Al-Mardi ingin reunion dengan Aidil Sharin, Yazan tiada niat balas dendam
BACA LAGI: Al-Mardi dan Yazan seperti lepas dendam, taktikal 3 defend KPG kembali dipersoal
Jadi, tidak hairanlah apabila penyokong masih menyebut nama perancang pasukan berusia 31 tahun tersebut dengan ada yang meletakkan harapan untuk menyaksikannya pulang pada jendela perpindahan lalu.
Perasaan tersebut juga seperti turut dirasai Al-Mardi kerana pada Selasa, dia memuat naik sebuah video memaparkannya masih beraksi buat skuad Sang Kenari, iaitu ketika mereka berdepan Selangor FC di Stadium Darul Aman, Kedah.
Dalam klip pendek itu, pemain berkenaan menyertakan mesej mengenai ketabahan diri dengan hantaran berkenaan menerima respons daripada penyokong KDA FC yang sempat memberi kata-kata semangat buatnya.
"Kami amat merindui anda," kata aalifjayy.
Al Mardi kini cemerlang di Timur Tengah bersama Al Hussein SC di Jordan.
"Kami dari Kedah sememangnya mahu saksikan kepulangan anda," kata alqadahi.
"Rindu untuk saksikan Al-Mardi kembali beraksi untuk Kedah," ujar Muhammad Imqa.
Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan KDA FC berminat mendapatkan khidmat Al-Mardi apabila pemilik pasukan, Tan Sri Mohd Daud Bakar pernah bertemu seorang usahawan Timur Tengah yang memiliki ramai kenalan dalam arena bola sepak di rantau tersebut.
Bagaimanapun, dengan skuad Sang Kenari berdepan masalah pengurusan ketika ini, peluang untuk menandatanganinya semakin tertutup rapat, lebih-lebih lagi dengan saham pemain tersebut sudah kian mencanak.
Al-Mardi ketika ini sedang beraksi buat sebuah pasukan di negara kelahirannya, Al-Hussein SC yang beraksi cemerlang, termasuk dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two 2024/25. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram