SELANGOR FC mengesahkan slot ke separuh akhir dengan agregat 8-1 mengatasi Kelantan Darul Naim FC dalam aksi suku akhir kedua MFL Challenge Cup pada Ahad.
Pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu menewaskan Kelantan dengan keputusan 3-0 bagi aksi suku akhir kedua sekali gus menyaksikan agregat 8-1.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor itu, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi bermula garang dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan.
BACA LAGI: Hanya TMJ tahu apa yang terbaik, saya sayang Malaysia — Bergson
BACA LAGI: Tiga gol bantu Sang Kenari ke semifinals, fans Hijau Kuning gembira bakat muda KDA terus bersinar
Walaupun mencetak gol di minit akhir babak pertama, ramai penyokong The Red Giants masih tidak berpuas hati dengan persembahan Ronnie Fernandez (kanan). — Facebook/Selangorfc
Serangan demi serangan yang dilakukan membuahkan hasil apabila skuad Gergasi Merah berjaya membuka tirai jaringan menerusi tandukan daripada bek tengah, Sharul Nazeem pada minit ke-10.
Memasuki minit-minit akhir sebelum separuh masa pertama tamat, Selangor melebarkan jarak gol apabila Ronnie Fernandez menghadiahkan gol kedua pasukan selepas memanfaatkan kesilapan daripada pertahanan Kelantan.
Bersambung babak kedua aksi di Stadium MBPJ, Selangor terus mengorak langkah awal dengan menjarakkan kedudukan selepas jaringan Danial Asri gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Kelantan, Alfaiz Zula'amin.
Keputusan itu pastinya melegakan skuad Gergasi Merah yang semakin selesa di hadapan.
Walaupun berjaya mencetak gol minit-minit akhir babak pertama, ramai penyokong The Red Giants masih tidak berpuas hati dengan persembahan penyerang mereka, Ronnie yang tumpul di depan gol meskipun sering mendapat peluang keemasan.
Ada juga yang menganggap bahawa penyerang kelahiran Chile itu hanyalah beban dalam pasukan.
"Beria betul Ronnie celebrate gol dia, dia tak tahu ke hanya beban dalam pasukan," kata Faisal Shukri.
"Musim depan buang sajalah Ronnie ini, langsung tiada kelebihan berbanding pemain tempatan, rugi bayar gaji mahal," kata Prince Muhammad Darwish.
"Masih banyak yang perlu diperbaiki, lagi-lagi Ronnie itu, susah betul nak gol," kata Ashraf Ahmad.
Selangor akan bertemu sama ada pasukan Penang FC atau Putrajaya Athletic FC bagi perlawanan separuh akhir MFL Challenge Cup. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram