TERENGGANU FC bersedia untuk memberikan cabaran terhebat kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia.
Berdepan juara bertahan, ia pastinya bukan mudah untuk Terengganu cuba melepasi JDT sekali gus mara ke perlawanan akhir dan cuba membawa pulang piala.
Akan tetapi, menurut pengendalinya, Badrul Afzan, Terengganu sedia memberikan cabaran terbaik walaupun sedar kekuatan JDT yang dianggap lengkap dari segala sudut.
BACA LAGI: Akram beri peringatan, kelebihan 2 gol bukan tiket Terengganu pandang mudah NSFC
BACA LAGI: Andai benar Pahang tiada lagi, 3 bintang Tok Gajah wajar sertai Terengganu, Perak, Selangor
Badrul tidak mahu pasukannya terlalu menghormati JDT. — Facebook/TFC
"Kami bersyukur kerana dapat menyertai separuh akhir Piala Malaysia, dan kami teruja untuk berdepan dengan JDT.
"Semua orang tahu kekuatan JDT, dan kami pastinya akan mengkaji permainan mereka sebelum turun berdepan mereka. Kami menghormati mereka, tapi tak boleh terlalu hormati mereka.
"Kami akan berdepan mereka dengan berikan yang terbaik," ujar Badrul.
Terengganu mara ke separuh akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan FC 4-2 pada Sabtu untuk menang dengan agregat 6-2.
Pada mulanya, Negeri Sembilan mendahului dengan dua gol sebelum Terengganu yang beraksi sebagai tuan rumah bangkit dengan empat gol.
"Saya mengaku yang agak gementar apabila ketinggalan dua gol. Kami mengawal permainan sepanjang perlawanan tetapi sedikit longgar di bahagian pertahanan.
"Kami kelihatan agak goyah apabila Negeri Sembilan datang memburu gol. Mujur para pemain bangkit pada separuh masa kedua," jelasnya.
Terengganu akan berdepan JDT dalam separuh akhir Piala Malaysia pada 17 Januari dan 1 Februari. — The Star/S. SAKTESH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram