KEMENANGAN agregat 1-0 diraih Sabah FC selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua suku akhir menentang Kuching City FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sudah cukup memberi tiket ke separuh akhir Piala Malaysia 2024 buat Sang Badak.
Kemenangan berkenaan hasil jaringan Farhan Roslan di Stadium Negeri, Kuching pada 16 Disember lepas menyaksikan Sabah akan membuat perhitungan dengan Sri Pahang FC bagi perebutan tiket ke pentas final.
Untuk memasang impian mara ke final, Sabah perlu melalui skuad Tok Gajah yang sedang menikmati momen terbaik mereka dalam Piala Malaysia lagi-lagi ia kali pertama Sri Pahang mara ke separuh akhir selepas lima tahun.
BACA LAGI: Cemerlang bantu Sabah, gelagat cakap bahasa Melayu Gabi jadi nilai tambah jika jadi naturalisasi HM
BACA LAGI: Sabah sah bertemu Sri Pahang, fans The Cats persoal VAR berfungsi ke tak?
Untuk rekod, kali terakhir Tok Gajah mara ke semi final pada musim 2019 apabila ketika itu menyaksikan Sang Kenari melangkah ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan meskipun agregat terikat dengan keputusan 8-8.
Sejarah kembali menjadi pilihan finalis itu pasti menjadi motivasi besar untuk Sri Pahang menumbangkan Sabah dan nampaknya ia juga dipersetuji oleh legenda The Rhinos, Matlan Marjan selepas dia melihat prestasi semasa Tok Gajah.
Menurut Matlan yang pernah beraksi untuk Sabah di era 90-an itu, Sri Pahang di bawah kendalian Fandi Ahmad ketika ini sedang berada di prestasi membanggakan apabila menewaskan pasukan pilihan seperti Selangor FC.
"Saya rasa cabaran besar untuk sabah menentang Pahang kerana pasukan tersebut berada d prestasi yang membanggakan sejak tiga perlawanan terakhir mereka. Manakala, Sabah pula agak goyang sejak game akhir-akhir ini
"Saya rasa Sabah yang kini dibimbing Martin (Stano) danb Alto (Linus) masih mencari formula terbaik untuk pasukan. Kedua-dua mereka memang agak memerlukan masa untuk memberi kestabilan pada Sabah," katanya kepada Majoriti.
Matlan bukanlah tidak mempercayakan kedua-dua jurulatih itu namun menjelang aksi getir bertemu Sabah FC, gabungan Stano dan Alto perlu mencari taktikal yang sesuai bagi meraih tiket ke pentas final.
Untuk info, Stano dipilih sebagai pengendali baharu The Rhinos pada 10 Disember lepas bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang mengalas cabaran baharu bersama kelab Indonesia, Persis Solo.
Pengendali dari Slovakia, Stano diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC sehingga tamat musim 2024/2025. — Facebook/Sabah FC
Pengendali dari Slovakia itu sebelum ini berpengalaman sebagai jurulatih kecergasan Sabah itu selama dua tahun.
"Saya rasa semua pemain beraksi baik, cuma Sabah masih memerlukan taktikal yang sempurna untuk perlawanan seterusnya. Saya percaya saingan sengit akan perlaku dalam pertemuan ini.
"Siapa yang melakukan kesilapan pastinya akan memberi kelebihan kepada pihak lawan. Apa pun saya sebagai anak jati Sabah mendoakan kejayaan untuk pasukan Sabah di bawah bayu," jelasnya.
Pada aksi separuh akhir 17 Januari dan 1 Februari depan, skuad Sang Badak akan berdepan Sri Pahang yang layak selepas menewaskan Kuching City FC 4-3 menerusi agregat pada Ahad lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram