SABAH FC mengesahkan slot ke separuh akhir apabila meraih keputusan agregat 1-0 bertemu Kuching City FC aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia 2024 pada Isnin.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah itu menyaksikan kedua-dua pasukan meraih keputusan 0-0 sehingga tamat 90 minit perlawanan.
Meskipun berlangsung di gelanggang sendiri, The Rhinos dilihat bergelut untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu jaringan bagi menjarakkan kedudukan semasa dengan agregat 1-0 pada babak pertama.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah itu menyaksikan The Cats melakukan serangan bertali arus ke kubu pertahanan Sang Badak namun tiada gol berjaya diledak.
BACA LAGI: ‘Kami tak boleh terlalu hormat,’ TFC tak sabar jumpa JDT di pentas 4 terbaik Piala
BACA LAGI: Piala Malaysia: Fandi renung prospek lepasi rintangan separuh akhir
Penyokong The Cats tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang tidak melayangkan sebarang kad kepada Daniel Ting (kanan).
Sabah memiliki beberapa percubaan untuk menambah jaringan namun berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Kuching, Wan Azraie.
Malah, tiga percubaan pemain tengah Sang Badak, Stuart Wilkin turut gagal menembusi pintu gawang yang dijaga rapi oleh Wan Azraie itu.
Memasuki penghujung perlawanan babak pertama, bek kiri Sabah FC, Daniel Ting dikesan melakukan kekerasan ke atas penyerang The Cats, Tchetche Kipre namun tiada layangan kad diberikan kepada tonggak The Rhinos itu.
Bersambung babak kedua aksi di Likas, Kuching City sekali lagi hampir menyamakan kedudukan agregat selepas penyerangnya, Jordan Mintah dikesan ditolak dalam kawasan penalti.
Namun, pengadil perlawanan tidak membenarkan permintaan sepakan penalti itu selepas melihat kepada VAR.
Pengendali Sabah FC, Martin Stano mengubah corak permainan dengan membawa masuk tenaga baharu iaitu Darren Lok, Rawilson Batuil dan Jafri Firdaus Chew untuk memantapkan lagi benteng pertahanan dan jentera serangan The Rhinos.
Keputusan itu membuahkan hasil apabila serangan demi serangan yang dihasilkan oleh The Cats dapat dikekang oleh Sang Badak.
Arif Fadzilah hampir meletakkan Kuching City di hadapan namun rembatan bek kiri tersebut sedikit tersasar ke sisi gawang Sabah ketika permainan memasuki pertengahan aksi.
Meskipun keputusan di Likas menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan, manisnya Sabah FC akan bertemu Sri Pahang FC dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia selepas mencatatkan agregat 1-0.
Bagaimanapun, ramai penyokong The Cats tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan yang dianggap berat sebelah meskipun menggunakan video bantuan pengadil (VAR).
"Pijak kaki tiada kad, kad kuning pun susah nak angkat?," kata Faizal Megan.
"Wow terang-terang pijak kaki, ref dekat VAR buat apa? kau pun ref FIFA, tak akan tak boleh tengok VAR sekejap," kata Firdaus Je.
"VAR rosak ke? Rugi saja bayar mahal-mahal," kata Mohd Mikael. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram