Pernah dapat pujian Amorim, Chelsea mahu sailang 'wonderkid' buruan Man United


  • Podium
  • Selasa, 24 Dis 2024

Essugo (kiri) beraksi untuk pasukan UD Las Palmas. — Agensi

MANCHESTER United terus dikaitkan dengan beberapa perpindahan menjelang jendela perpindahan Januari ini apabila difahamkan bekas anak didikan Ruben Amorim antara yang menjadi sasaran.

Kekalahan 0-3 kepada Bournemouth pada Ahad lepas menjadikan Amorim telah memenangi dua daripada enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini namun mencatat tiga kekalahan dalam empat perlawanan terakhirnya.

Dengan Man United difahamkan mahu membelanjakan lebih daripada £180 juta (kira-kira RM1 bilion) untuk pembelian musim panas, pastinya Amorim memerlukan lebih ramai rekrut.

BACA LAGI: Dimalukan Bournemouth, Amorim mengaku semuanya sukar buat Man United

BACA LAGI: Sedia hadapi cabaran baharu, Rashford tak kecil hati diarah tinggalkan United

Jika sebelum ini nama penyerang utama Sporting Lisbon iaitu Viktor Gyokeres menjadi buruan Man United, terbaharu bintang dalam pembikinan mereka iaitu Dario Essugo juga dikaitkan akan menyertai The Red Devils.

Ketika ini Essugo sedang beraksi bersama pasukan La Liga, UD Las Palmas selepas dipinjamkan dari Sporting selama kira-kira enam bulan bagi memberinya peluang meraih minit permainan.

Laporan media Sepanyol mendedahkan bahawa United mengejar Essugo dengan ia juga menerima cabaran dari dua kelab gergasi La Liga iaitu Barcelona dan Real Madrid selepas bersinar di La Liga.

Soccer Football - Premier League - Manchester United v AFC Bournemouth - Old Trafford, Manchester, Britain - December 22, 2024 Manchester United manager Ruben Amorim REUTERS/Phil Noble

Amorim dilaporkan mahu mencari lebih banyak rekrut pada 2025. — Agensi

Terbaharu, Man United juga menerima tentangan daripada Chelsea apabila media The Sun mendakwa bahawa pasukan berpangkalan di London itu berminat untuk menandatangani Essugo dengan harga murah.

The Blues dikenali sebagai pasukan yang gemar merekrut bakat muda dan nampaknya Chelsea sudah mengenal pasti Essugo sebagai prospek lain yang boleh mereka bangunkan untuk masa hadapan.

Sebelum ini, Amorim pernah memuji Essugo sebagai 'wonderkid' yang sangat berbakat dan hubungan sebagai bekas pengendali Sporting pastinya penting untuk mempengaruhi pemain berusia 19 tahun itu menyertai United pada 2025. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram