Penganjur SARC akui kesilapan teknikal, pulangkan wang pasukan U14, U16


  • Podium
  • Ahad, 22 Dis 2024

SARC 2024 turut menyaksikan saingan bagi pasukan kategori U14 dan U16 yang akan menghangatkan lagi arena ragbi tanah air. — Media sosial

PIHAK penganjur Shah Alam Rugby Challenge 2024 memohon maaf kepada kesemua wakil dan ibu bapa atas kesilapan teknikal yang berlaku sehingga menyaksikan pertandingan itu diabaikan.

Pengarah Kejohanan, Abdul Muin Ahmad Wahi dalam satu kenyataan pada Ahad menegaskan bahawa wang akan dikembalikan kepada peserta kejohanan yang diadakan di Shah Alam, Selangor bermula Jumaat lalu itu.

"Saya akan memulangkan wang sebanyak RM300 untuk semua pasukan kategori Bawah 14 Tahun (U14) dan Bawah 16 Tahun (U16) yang bertanding di Shah Alam Rugby Challenge 2024 dalam tempoh 14 hari bekerja bermula Isnin depan.

BACA LAGI: Kejohanan ragbi 'bertukar' piknik tepi padang, SARC 2024 dibatalkan penganjur, didakwa gagal lunas bayaran pengadil

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Kau makan apa dik?’, pelapis ragbi Johor berbadan sasa walaupun baru darjah 6

WhatsApp Image 2024-12-22 at 11.29.26 PM

SARC 2024 sepatutnya menjadi medan saingan buat pasukan ragbi tempatan. Media sosial

"Saya ingin mengambil kesempatan utk memohon jutaan maaf atas segala yang berlaku kerana ada berlaku salah faham antara pihak penganjur dan pihak pengadil," katanya.

Pertandingan itu sebelum ini dianjurkan bagi mengumpulkan pasukan amatur ragbi dalam negara, termasuk dari pasukan sekolah yang akan merancakkan lagi sukan berkenaan pada masa akan datang.

Namun, kesilapan teknikal menyaksikan pengadil bertindak memboikot pertandingan tersebut dengan ibu bapa berasakan tindakan itu diambil selepas mereka tidak menerima bayaran.

Hal itu mengakibatkan rata-rata pasukan tidak dapat beraksi di venue ditetapkan sehingga orang ramai, termasuk barisan kejurulatihan mempertikaikan sikap culas pihak penganjur.

470666836_10227595295535713_6842433043757888541_n

Pasukan dari MCKK turut menyertai SARC 2024 dengan reputasi mereka amat dikenali. Media sosial

Ini termasuk melabel pertandingan ragbi itu sesuatu kegagalan meskipun sukan ragbi sepatutnya berkembang pesat dalam negara seiring kemajuan sukan-sukan lain.

"Bagi saya selaku penganjur, tidak pernah berlaku namun ia sudah pun berlaku. Saya mengambil sepenuh tanggungjawab ini," kata Abdul Muin lagi.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, Shah Alam Rugby Challenge 2024 menerima sambutan hangat apabila seramai 30 pasukan menyertai kejohanan itu, termasuk daripada beberapa sekolah berprestij.

Ini termasuk Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak serta Victoria Institution, Kuala Lumpur yang amat dikenali dengan reputasi dalam sukan ragbi sejak bertahun-tahun lamanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram