SAIZ badan seorang ubi muda ragbi dari Johor tular baru-baru ini berjaya mencuri tumpuan orang awam kerana disifatkan cukup sasa berbanding rakan seusianya yang lain.
Menerusi video yang dikongsikan di laman X oleh @bckupacc99 pada Ahad, salah seorang daripada tiga pemain ragbi itu mendapat perhatian warga maya.
Hal ini kerana, dia difahamkan baru sahaja berumur 12 tahun namun memiliki kelebihan fizikal yang ideal untuk seorang pemain ragbi.
BACA LAGI: Pasrah alami ACL, 'The Engineer' Selangor mahu pulang lebih awal
BACA LAGI: Melaka FC benam Bukit Tambun, tapi kekotoran Stadium Hang Jebat pula jadi persoalan
Menerusi video yang berdurasi dua minit 46 saat itu memaparkan dia sempat berkongsikan makanan kegemarannya.
"Saya suka makan nasi lemak pada waktu pagi," katanya.
Menurutnya, dia yang kini bermain untuk salah satu kelab amatur di Johor itu turut mendedahkan bahawa dia amat meminati sukan berkenaan.
"Saya minat nak main ragbi walaupun tiada ahli keluarga yang bermain sukan ini," ujarnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya itu mengatakan bahawa latihan untuk pemain ragbi melibatkan persiapan fizikal yang intensiti tinggi.
"Latihan bagi pemain ragbi memang badan mereka dibentuk untuk hadap full-body contact. Quite keras juga training diorang ini. Bila salam dengan diorang memang terasa kuat bila tangan digenggam," kata @sayasedangtweet.
"Memang tak pelik sebab pasukan ragbi Johor bukan biasa-biasa," kata @MediaDigitalUhr.
"Memang ada kelebihan fizikal adik ini, pelapis negara pada masa akan datang," kata @Azim_. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram