Legenda boling, pemenang pingat Sukan Asia 1986 Allan Lee meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat sakit tua


  • Podium
  • Jumaat, 20 Dis 2024

Allan Lee meninggal dunia pada usia 83 tahun.

LEGENDA boling negara, Allan Lee meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat sakit tua, Khamis lalu.

Dia yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1986 di Seoul, Korea Selatan akan sentiasa dikenang kerana memainkan peranan penting dalam memastikan gelaran itu berada dalam genggaman negara.

Allan juga merupakan nama besar dalam arena boling Asia Tenggara apabila dia memenangi lima pingat emas Sukan SEA buat Malaysia semasa edisi 1975, 1983, 1985, 1989 dan 1993.

BACA LAGI: Pemain amatur berdepan kesukaran kenaikan harga dan kos pembaikan bola boling

BACA LAGI: 'Jarang berlaku tapi isu kecederaan dalam boling lazimnya berpunca daripada bola tak sesuai'

Selepas tamat bermain, Allan turut menyumbang kepada pembangunan akar umbi bagi sukan boling di negara kita.

Dia terlibat dalam pembangunan akar umbi serta menjadi perintis kepada Program Pembangunan Kebangsaan yang dilakukan sejak era 1990-an. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram