Pemain amatur berdepan kesukaran kenaikan harga dan kos pembaikan bola boling


  • Podium
  • Isnin, 25 Nov 2024

Pemain bola baling mudah berdepan dengan kecederaan sekiranya menggunakan teknik yang salah ketika melakukan balingan. — Gambar hiasan

PEMAIN amatur bola boling, Mohd Noer Said menyifatkan harga bola boling yang semakin mahal termasuk bola terpakai menyebabkan sesetengah orang berpendapat bahawa ia tidak berbaloi untuk melakukan penyesuaian.

Menurutnya, ramai yang enggan melakukan penyesuaian lubang jari semula terutamanya disebabkan oleh kos yang tinggi meskipun ia penting untuk keselesaan dan prestasi semasa bermain boling.

"Ya. Tidak dinafikan itu, harga bola boling sekarang semakin mahal. Malah, harga bola boling terpakai pun turut naik juga menyebabkan ada yang beranggapan tidak berbaloi untuk tampal balik lubang dan tebuk ikut kesesuaian jari masing-masing,” katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Utamakan senaman dan guna bola boling yang sesuai dengan tangan — Pemain amatur

BACA LAGI: Kualiti bola boling ‘in house’ menyedihkan, 'bunuh' potensi bintang amatur angkara 'pitch' dan 'switch thumb'

photo_6204238082396505508_x

Pemain amatur bola boling, Noer Said (dua kanan). — Facebook/Noersaid

Tambahnya, dia sering membatalkan niat untuk membeli bola terpakai kerana kos pembaikan yang diperlukan hampir sama dengan harga bola baharu, menjadikannya lebih berbaloi untuk membeli bola baharu daripada bola terpakai.

"Saya selalu batalkan niat beli bola terpakai disebabkan kos bola terpakai termasuk tampal dan tebuk balik, serta 'insert' baru mencecah 75 peratus harga asal bola,” ujarnya.

Menurut Noer lagi, kecederaan seperti luka pada ibu jari dan masalah sendi sering terjadi akibat permainan yang berpanjangan dan penggunaan teknik yang tidak tepat atau peralatan yang tidak sesuai.

Oleh itu, Noer berkata, pemilihan teknik yang betul dan penggunaan peralatan yang sesuai dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan.

"Kecederaan tidak akan berlaku terus melainkan bermain untuk durasi panjang. Biasanya luka-luka pada ibu jari, jika panjang dan ‘pitch' tidak sesuai, boleh menyebabkan kecederaan pada sendi.

“Sepanjang saya bermain dalam bola boling ini, saya cuma pernah nampak luka-luka pada jari disebabkan salah teknik pelepasan bola, saiz lubang tidak mengikut kesesuaian dan bermain dengan durasi panjang,” katanya.

2997283

Keadaan bola boling yang rosak boleh menyebabkan para pemain amatur mengalami kecederaan. — Gambar hiasan

Di samping itu, Noer turut berkongsikan bahawa ada segelintir pemain amatur yang tidak mengutamakan isu keselamatan ketika bermain bola boling berkenaan.

Menurutnya, penggunaan bedak pada tapak kasut untuk meningkatkan kesatuan 'approach' boleh memberi kesan negatif terutamanya dengan menyebabkan permukaan menjadi licin.

Tindakan tersebut berisiko menyebabkan kecederaan, seperti tergelincir dan turut memberi gangguan kepada atlet lain yang tidak menghadapi masalah dengan 'approach'.

“Antara isu keselamatan yang sering pemain boling endahkan adalah penggunaan bedak pada tapak kasut. Mereka akan kata 'approach' kesat, tapi tindakan mereka sebenarnya akan memberi kesan pada atlet lain yang tiada masalah dengan 'approach'.

"Bedak digunakan akan menyebabkan 'approach' licin dan ada yang pernah tergelincir disebabkan bedak,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram