MUSIM Liga Super 2025/2026 akan menyaksikan wajah baharu dari segi komposisi kelab yang bertanding.
Hal ini kerana, sebuah kelab yang pernah memenangi Piala Malaysia dilaporkan akan kembali ke saingan Liga Super untuk memeriahkan lagi saingan.
Kelab yang dimaksudkan adalah Brunei DPMM. Kelab itu merupakan jelmaan kepada skuad Brunei yang pernah menjulang Piala Malaysia 1999 dengan menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
BACA LAGI: Rugi jika jemput pasukan Singapura, Brunei kembali bertanding Liga Super
BACA LAGI: Kedah, Selangor dan Kelantan boleh isi slot ke-10 Liga Singapura
Menurut sumber yang kepada Majoriti, Brunei DPMM yang pernah beraksi di Liga Super dilaporkan berminat untuk kembali semula dengan mereka bersedia meninggalkan Liga Perdana Singapura (SPL).
Brunei DPMM dilaporkan mempunyai "peratusan besar" untuk melakukan kemunculan semula di Liga Super selepas kali terakhir beraksi pada 2008.
Brunei DPMM kini beraksi di saingan domestik Singapura.
Kehadiran mereka dilihat sebagai inisiatif untuk memeriahkan lagi Liga Super yang semakin berkurang jumlah kelab ditambah potensi penarikan diri Kedah Darul Aman FC dan Sri Pahang FC.
Kedua-dua kelab itu sebelum ini dilaporkan bersedia meninggalkan Liga Super akibat masalah kewangan yang meruncing dengan Kedah dikatakan dalam usaha menyertai saingan Liga A1 Semi-Pro.
Sementara Sri Pahang sudah menghantar permohonan untuk menarik diri dan mereka sedang menanti kelulusan terhadap niat mereka itu.
Sebagai rekod, Brunei DPMM pernah beraksi di Liga Malaysia selama tiga tahun daripada 2005 hingga 2008 bermula dengan menyertai Liga Premier pada musim pertama sebelum ke Liga Super.
Pada musim 2005/2006, Brunei DPMM berjaya meraih tempat ketiga di Liga Super dan itu adalah pencapaian terbaik mereka dalam Liga Malaysia.
Rekod Brunei DPMM di Singapura boleh dikatakan baik apabila mereka memenangi liga sebanyak dua kali, tiga kali menjuarai Piala Liga Singapura dan muncul pemenang Piala Singapura pada 2018. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram