Terima kekurangan diri, hidap phocomelia tak halang Boo Siong bangkit, beri motivasi kepada masyarakat


  • Massa
  • Ahad, 15 Dis 2024

Boo Siong menggalakkan para pelajar untuk tidak mudah berputus asa menghadapi cabaran serta belajar menerima keunikan diri mereka.

MENYAMPAIKAN lebih 3,000 ceramah motivasi ke seluruh pelosok negara sejak 2009, Ong Boo Siong bukan sahaja memberi inspirasi tetapi juga menitipkan semangat terutamanya kepada golongan pelajar, ibu bapa, dan tokoh-tokoh lain untuk menghadapi cabaran hidup dengan penuh keyakinan.

Kepetahannya menyampaikan mesej positif menjadikan Boo Siong sebagai antara penceramah motivasi disegani di Malaysia.

Selain aktif memberi motivasi, Boo Siong juga mengendalikan kelas bermain gitar dan menerbitkan satu set buku yang akan dilancarkan pada awal 2025.

BACA LAGI: [VIDEO] Gugur air mata jantan kerana burung enggang, dikejar lanun antara masam manis Edmundo bergelar pemandu pelancong

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tunjuk 'keras' duduk dalam kereta halang lori rosakkan jalan di Dengkil

(pls use) Ong dedicates his life to inspiring others, proving that determination can overcome any obstacle.

Boo Siong (kanan) yang mendedikasikan hidupnya untuk memberi inspirasi kepada orang lain. — The Star

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kemanusiaan dan Sosiologi) di Universiti Sains Malaysia (USM) itu pada masa sama sedang melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang psikologi di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur.

Walaupun dilahirkan dengan penyakit phocomelia yang menjejaskan tangan kanannya, anak kelahiran Kelantan itu tidak membenarkan keadaan itu menghalangnya daripada mengejar minat dan impiannya.

Phocomelia atau amelia merupakan jenis kelainan bawaan pada bayi yang cukup langka (jarang ditemui). Keadaan itu ditanya dengan adanya anggota tubuh yang lebih pendek daripada seharusnya.

“OKU bermaksud ‘orang kuat usaha’ (orang yang rajin), bukan ‘orang kurang upaya’.

"Sejak kecil ayah selalu berpesan supaya percaya pada diri sendiri dan bersyukur dengan apa yang ada. Itulah kunci untuk menjalani kehidupan yang bahagia," katanya.

Music for Musicians' Univeilling Uniqueness event for people with disabilities. —YAP CHEE HONG

Boo Siong juga berbakat bermain gitar walaupun dengan keadaan tangan sebelahnya yang tidak sempurna. — The Star

Boo Siong juga pernah menerima anugerah wira tidak didendang daripada bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin pada 2019.

Menurutnya, masih kurang kesedaran tentang isu golongan seperti mereka di Malaysia dengan ramai lagi orang yang tidak memahami sepenuhnya cabaran yang dihadapi oleh orang kelainan upaya (OKU).

"Saya berharap dengan lebih banyak didikan dan mesej yang disampaikan, kita dapat mewujudkan masyarakat yang lebih memahami, menyokong dan inklusif terhadap keperluan mereka," katanya.

Bapa kepada lima anak berusia antara enam hingga 17 tahun itu berkata, kelainan dirinya membuatkan dirinya lebih bersyukur dan tidak mudah putus asa.

"Dalam hidup ini, kita perlu membuat pilihan. Adakah ingin mengeluh dan menyalahkan orang lain atau ingin bersyukur?

"Saya belajar untuk bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya memberi tumpuan kepada perkara positif dan memanfaatkan setiap hari dengan sebaik mungkin," jelasnya.

(pls use) Ong does not let his disability stop him from pursuing his interests.

Boo Siong tidak menganggap kekurangan diri sebagai pematah semangat hidupnya. — The Star

Pada zahirnya, Boo Siong kelihatan sebagai seorang yang peramah dan tenang dengan kehidupannya.

Namun, ada masanya dia bergelut untuk menerima kekurangannya.

"Semasa kanak-kanak, saya sering menangis dan sukar untuk memahami mengapa saya dilahirkan dengan phocomelia.

"Keadaan menjadi lebih sukar apabila ketika di sekolah menengah apabila beberapa rakan sekelas saya membuli dan mengejek saya kerana keadaan fizikal diri.

“Saya tak dapat tahan dan terus menendang rakan sekelas yang mengusik saya,” luahnya.

Katanya lagi, ia menjadikan titik permulaannya mendapat keyakinan baharu dan membuktikan kemampuan dirinya.

Boo Siong membuktikannya dengan menjadi wakil sekolah dalam perlumbaan 100 meter (m) dan cemerlang dalam beberapa sukan seperti pingpong dan badminton.

"Saya belajar bahawa jika anda mahu orang lain menerima anda, anda mesti menerima diri anda dahulu.

"Setiap orang, OKU atau tidak, semua mempunyai anggota badan, akal dan jiwa. Tanpa tangan atau kaki, minda dan ilmu boleh membawa anda jauh," katanya.

Berkongsi pula tentang mendiang bapanya, Ong Swee Leong yang merupakan tonggak utama kekuatannya.

Ong's wife (second from right) and his children are his biggest supporters. — Photos: ONG BOO SIONG

Keluarga kecil Boo Siong yang menjadi sumber kekuatannya. — The Star

Kata Boo Siong, keluarganya adalah daripada golongan kurang berkemampuan dan bapanya hanya boleh memperoleh kira-kira RM2,000 setiap bulan sebagai tukang cat kereta.

"Ayah pernah berkata, 'papa tidak mempunyai wang untuk menghantar kamu ke universiti. Anda perlu berdiri di atas kaki anda sendiri. Belajar rajin-rajin dan cari duit sendiri'.

“Jadi, pada usia 16 tahun, saya memutuskan untuk menjadi guru sambilan yang mengajar Bahasa Malaysia.

"Walaupun pendapatan sedikit, saya tetap boleh membayar pengajian saya ketika Diploma Teknologi Maklumat dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak di Kota Bharu, Kelantan.

"Kemudian, saya bekerja sebagai guru komputer di Chung Hwa Independent High School di Kota Bharu, sambil bekerja sebagai jurujual komputer sambilan," tambahnya.

Menghulurkan bantuan

Pada awal usia 20-an, dia mula bersemangat untuk membantu orang lain yang berkeperluan khas.

(pls use) Ong has mastered daily tasks despite his disability.

Perbezaan diri tidak menghalang Boo Siong untuk melakukan kerja harian seperti manusia normal. — The Star

"Persepsi saya tentang kehidupan berubah selepas membaca buku The 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen Covey.

"Ia mengajar saya cara membantu orang lain mencari makna kehidupan. Buku Think and Grow Rich (Napeleon Hill) memberi inspirasi kepada saya untuk menetapkan matlamat yang jelas, meningkatkan disiplin diri dan menerapkan sikap positif.

"Itu memberi saya kegembiraan untuk membantu orang lain yang memerlukan. Sepanjang perjalanan ini, saya beri ceramah motivasi di rumah kebajikan dan sekolah.

"Saya suka idea untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih baik," katanya yang kini berkhidmat sebagai guru sukarelawan di beberapa rumah OKU termasuk Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan, Kota Bharu; Beautiful Gate, Petaling Jaya, Selangor dan Dual Blessing di Kuala Lumpur.

Akhirnya, dia memutuskan untuk berhenti mengajar dan terus berkhidmat sebagai penceramah motivasi sepenuh masa.

Walaupun pada mulanya dia sedikit teragak-agak untuk meninggalkan kerja hakiki sebagai guru kerana bimbang akan menjejaskan pendapatan, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat.

Bahkan, katanya, situasi itu membuatkan dia cuba memberi masa untuk dirinya untuk menyesuaikan dengan perubahan tersebut selama tiga bulan.

“Syukurlah saya mula menerima jemputan untuk berucap di sekolah dan akhirnya, ada syarikat menghubungi saya untuk berkongsi kisah hidup dan perjalanan saya.

"Dalam ceramah di sekolah , saya menekankan kepentingan adab, hormat-menghormati dan empati. Saya mengajar pelajar untuk menghormati orang yang lebih tua, bersikap baik kepada OKU serta melayan semua orang dengan bermaruah.

"Saya juga menggalakkan anak-anak untuk bersikap sopan dan keunikan orang lain," katanya.

(pls use) Ong working on his upcoming book, a collection of 366 motivational poems to inspire young minds.

Boo Siong memberi inspirasi kepada masyarakat melalui puisinya. — The Star

Penulis puisi

Boo Siong kini sedang berusaha menerbitkan buku puisi motivasi diri dalam Bahasa Malaysia yang direka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Koleksi yang menampilkan sebanyak 366 puisi itu bertujuan memberi inspirasi kepada pembaca dengan tema ketabahan, perpaduan dan muhasabah diri.

"Puisi adalah medium yang berkuasa. Ia memberi inspirasi, mencabar pemikiran dan membentuk perpaduan.

"Melalui puisi ini, saya berharap dapat menggalakkan minda anak muda untuk menerapkan nilai seperti empati dan rasa hormat, sambil menggalakkan keharmonian kaum dan perkembangan diri.

"Dengan menerima perbezaan secara terbuka, kita boleh membina komuniti yang lebih kuat dan bersatu," kongsinya. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram