[VIDEO] 'Game sakit jantung', Sze Fei Din pamer kekuatan mental cipta sejarah jadi beregu pertama mara ke final Jelajah Dunia Akhir BWF


  • Podium
  • Sabtu, 14 Dis 2024

Pasangan negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF apabila menewaskan pasangan Indonesia.

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF apabila menewaskan pasangan Indonesia dalam aksi yang cukup dramatik.

Berdepan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang merupakan bekas pasangan ranking nombor satu dunia jelas memberikan kesukaran buat Sze Fei dan Izzuddin.

Ia jelas dapat disaksikan apabila gandingan dari Indonesia itu mempamerkan aksi kemas walaupun diberikan tentangan sengit pada set pertama untuk meraih kemenangan 21-17.

BACA LAGI: ‘Harap penalti saja’, bukan puji diberi tapi fans Sang Penyu pilih kritik ketajaman Bonilla

BACA LAGI: Tak perlu risau, ada 2 sebab Harimau Malaya boleh atasi Thailand aksi Piala AFF

Enggan terus dikecewakan, pasangan ranking ketujuh dunia itu memperkemaskan aksi dan mendahului lawan dengan selesa pada kedudukan 15-10.

Keyakinan semakin meningkat untuk Sze Fei-Nur Izzuddin mencuri set kedua dengan kemenangan 21-16 sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.

Set ketiga jelas memperlihatkan drama yang cukup mendebarkan apabila mereka bangkit daripada ketinggalan jauh dan pada penghujung permainan Fajar-Rian Ardianto sudah memegang mata akhir sebanyak enam kali.

Namun, semangat juang tinggi yang ditampilkan oleh beregu negara itu membuahkan hasil apabila meraih kemenangan 27-25 bagi mengesahkan kemaraan ke pentas final.

Susulan kemenangan yang penuh dramatik itu, ramai penyokong tanah air masing-masing memberikan pendapat mereka mengenai aksi itu.

“Sakit jantung tengok, match Izzuddin-Sze Fei ini paling gila setakat ini, sikit lagi nak kalah, syukur Alhamdullilah menang juga akhirnya,” kata Nicky Jung.

“Pair Indonesia enam kali match point, Izzuddin-Sze Fei sekali match point terus menang, kuat mental mereka ini,” kata Fizi Azhar.

“Sakit jantung, darah tinggi semua ada, fuhh padu pair Malaysia ini,” kata Nor Atiqah Saner. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram