PASANGAN jaguh badminton negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah apabila menjadi pasangan beregu campuran Malaysia pertama mara ke final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF.
Tang Jie-Ee Wei bermain cemerlang untuk menewaskan rakan senegara yang juga pemain ke-10 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit di Hangzhou, China pada Sabtu.
Ia merupakan kemenangan kedua beregu nombor lapan dunia itu ke atas gandingan suami isteri berkenaan dalam kejohanan itu selepas turut muncul di kedudukan teratas dalam perlawanan peringkat kumpulan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Belajar hormat', pemain amatur badminton ditegur gara-gara perang psiko tak kena tempat
BACA LAGI: [VIDEO] Badminton nombor 2, adik Tze Yong tak terfikir mahu ikut langkah abang
“Bukan mudah untuk bermain menentang rakyat Malaysia kerana kami tahu corak permainan antara satu sama lain dengan baik.
“Sudah tentu mereka adalah senior kami dan perlu banyak belajar daripada mereka dan apabila kami pergi ke gelanggang, kami hanya memberikan yang terbaik dan berjuang bermati-matian.
“Tugas kami belum selesai, jadi kami perlu bertenang dan fokus pada perlawanan esok,” kata Ee Wei selepas tamat perlawanan.
Tang Jie-Ee Wei kini hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran terbesar dalam karier mereka.
Menanti mereka di final ialah sama ada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong atau pasangan pemain nombor dua dunia, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram