Malaysia ketinggalan, Indonesia selangkah rekrut penjaga gol Inter Milan bagi projek naturalisasi


  • Podium
  • Rabu, 03 Apr 2024

Untuk rekod, Emil (tengah) hanya mencatatkan 300 minit permainan daripada tiga saingan di seluruh perlawanan bersama Inter Milan. — Instagram/Emil

INDONESIA mengorak langkah baharu dalam memburu dan mempercepatkan proses pendokumentasian pemain kacukan mereka. Kejohanan Piala Asia Qatar baru-baru ini juga menyaksikan skuad Garuda menggunakan khidmat tonggak warisan.

Jumlah pemain warisan Indonesia akan semakin menambah apabila penjaga gol Inter Milan, Emil Audero juga difahamkan bakal memperkuatkan skuad kendalian Shin Tae-yong pada suatu hari nanti.

Khabar gembira di negeri jiran itu sememangnya disambut baik oleh penyokong Indonesia susulan reputasi Emil yang beraksi dengan pasukan gergasi Seria A iaitu Inter Milan.

Untuk rekod, Emil hanya beraksi sebagai penjaga gol simpanan pada musim ini dan mencatatkan 300 minit permainan daripada tiga saingan di seluruh perlawanan bersama Inter Milan.

Penjaga gawang berusia 27 tahun berkenaan dilihat sudah mula menunjukkan semangat patriotik untuk bermain bersama skuad kebangsaan Indonesia apabila meletakkan emoji bendera Merah Putih pada profil Instagramnya.

BACA LAGI: Kembali ke Terengganu, Ott sedia jadi 'perampas' demi kukuh posisi

WhatsApp Image 2024-04-03 at 17.56.29

Tangkap layar profil Emil yang meletakkan emoji bendera Indonesia. — Instagram/Emil

BACA LAGI: Hasbullah gembira dapat sertai Kedah tapi penyokong fikir kelab patut utamakan 'ubi'

Walaupun statusnya belum diketahui secara rasmi, sama ada akan menjadi pemain terbaru untuk pasukan kebangsaan Indonesia ataupun sebaliknya tetapi sekurang-kurangnya Emil menunjukkan minat mendalam untuk mewakili skuad Garuda.

Pemain yang mempunyai pertalian darah menerusi ayahnya dari Nusa Tenggara Barat, Indonesia itu pernah mendapat tawaran dari Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) untuk menyertai skuad Garuda namun ditolak.

Sekiranya dibandingkan, Malaysia juga mempunyai projek naturalisasi namun Indonesia dilihat lebih agresif dalam merekrut pemain warisan mereka yang bertapak di saingan liga Eropah.

Setakat era kejurulatihan Tae Yong, terdapat 11 pemain yang telah dinaturalisasikan iaitu Marc Klok, Jordi Amat, Sandy Walsh, Shayne Pattynama, Ivar Jenner, Rafael Struick, Justin Hubner, Jay Idzes, Thom Haye, Nathan Tjoe-A-On, dan Ragnar Oratmangoen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram