Pertemuan 4 mata TMJ-Erick Tohir, ada 3 kemungkinan termasuk hadirnya Jay Idzes, tiru pelan naturalisasi Indonesia


  • Podium
  • Khamis, 14 Nov 2024

Tunku Mahkota Ismail (kanan) bersama Pengerusi Indonesia FA, Erick Thohir. — Facebook/Tunku Mahkota Ismail

PERTEMUAN dua pemimpin bola sepak berpengaruh iaitu pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail dan Pengerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir pada Selasa menjadi sorotan penyokong tanah air.

Selain Tunku Ismail dan Erick, dua lagi individu berpengaruh bola sepak yang turut menghadiri pertemuan berkenaan ialah pemilik Persib Bandung Glenn Sugita dan pemilik Valencia, Peter Lim.

Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan pertemuan itu turut membincangkan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan terutama untuk bola sepak Asia Tenggara (Asean).

BACA LAGI: FAM yang sertai TMJ? Perkara itu boleh berlaku, tegas pengkritik bola sepak

BACA LAGI: Malaysia ketinggalan, Indonesia selangkah rekrut penjaga gol Inter Milan bagi projek naturalisasi

“Pertemuan tertumpu kepada senario bola sepak serantau, terutamanya perkembangan bola sepak, pengurusan kelab bola sepak dan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap sukan bola sepak di rantau Asia, khasnya di negara-negara Asean,” ujar kenyataan JDT pada Rabu.

Melihat respons penyokong bola sepak tanah air berhubung perjumpaan dua tokoh berkenaan, ramai peminat sudah mula membayangkan beberapa perkara yang akan berlaku dalam kem Harimau Selatan dan Malaysia.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga kebarangkalian yang ditunggu penyokong hasil pertemuan Tunku Ismail dan Erick;

1) Pelaburan di Indonesia bakal berlaku?

WhatsApp Image 2024-11-13 at 17.37.39

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail.

Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran para penyokong hasil perjumpaan mereka adalah kemungkinan pemilik Harimau Selatan itu untuk membuat pelaburan dalam arena bola sepak Indonesia.

Kemampuan yang dimiliki Tunku Ismail dari segi kewangan, pengetahuan dan hubungan peringkat antarabangsa dalam bola sepak memnbuatkan mantan Pengerusi Inter Milan itu mempelawa beliau untuk membuat pelaburan di negaranya.

Menurut Erick, Liga 1 Indonesia dan Liga 2 mereka akan menjadi lebih profesional selepas ini dan saat ini adalah masa sesuai sekiranya Tunku Ismail berminat untuk membuat pelaburan dengan kelab di luar negara.

Mengulas lanjut berkenaan pelaburan dari luar negara, Erick mengambil contoh pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang turut melabur dalam kelab seperti New York City FC, Melbourne City FC, dan Yokohama F. Marinos.

2) Perpindahan Jay Idzes ke JDT

Agenda kedua yang diharapkan berada dalam pertemuan berkenaan adalah penghijrahan pemain warisan Indonesia-Belanda, Jay Idzes ke kem Harimau Selatan bagi memperkukuhkan pertahanan JDT.

Sebelum ini, pemain berusia 24 tahun berkenaan difahamkan menjadi sasaran JDT selepas pemain Venezia berkenaan dilihat mengikuti ejen yang sering membawa pemain import ke Harimau Selatan iaitu Kiko Insa di laman Instagram.

Bagaimanapun, kisah penghijrahan bek tengah skuad kebangsaan Indonesia itu ke JDT berhenti apabila Idzes dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Itali, Inter Milan pada April lepas.

Dengan perpindahan ke Inter tidak berlaku, ramai mengharapkan agar Erick sebagai salah seorang sosok yang rapat dengan Idzes diharapkan akan menjadi watak mempengaruhi pemain berketinggian 1.90 meter itu untuk berhijrah ke Johor.

3) Malaysia ikut pelan naturalisasi Indonesia

josh

Brownhill (kiri) dikhabarkan dalam proses menyelesaikan dokumentasi untuk beraksi bersama Harimau Malaya. — Instagram/Brownhill

Erick dikenali sebagai individu yang membawa perubahan positif dan besar kepada landskap bola sepak Indonesia khususnya skuad kebangsaan mereka apabila dia berhasil menaikkan kualiti Sang Garuda sehingga lolos ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi nanti.

Selain itu, konglomerat Indonesia tersebut juga merupakan watak utama yang berhasil mencari dan memujuk bakat warisan negara mereka seperti Rafael Struick dan Justin Hubner untuk menyarung jersi Sang Garuda.

Justeru itu, ramai mengharapkan agar Malaysia mengikuti pelan naturalisasi negara jiran agar lebih agresif dalam merekrut pemain warisan mereka yang bertapak di saingan liga Eropah.

Bukan mahu mengkritik cara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun setakat ini seperti tiada tindakan susulan dari badan induk berkenaan selepas banyak pemain warisan gred 'A' berhasil ditemui oleh beberapa laman mencari bakat tanah air.

Ketika ini, antara yang boleh diberikan status itu ialah ketua pasukan Burnley iaitu Josh Brownhill apabila dikhabarkan mempunyai pertalian darah Malaysia melalui neneknya dan Marcus Joseph Tavernier dari AFC Bournemouth. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram