Sedia dianggap belot terhadap Man United, Pogba dijangka sertai Man City


  • Podium
  • Isnin, 16 Dis 2024

Manchester City dilaporkan sedang mengejarkan khidmat Paul Pogba.

PEMAIN tengah, Paul Pogba kini giat mencari kelab baharu menjelang tamatnya proses hukuman gantungnya yang akan berakhir pada Mac 2025.

Oleh itu, dia kini begitu aktif mencari kelab dengan Pogba dilaporkan bersedia untuk membelot ke atas Manchester United demi menyertai seteru The Red Devils.

Memetik laporan di England, seteru United, Manchester City bersedia untuk membawa Pogba menyertai kelab itu sebagai usaha menguatkan bahagian tengah.

BACA LAGI: Gagal ujian doping kedua, Juventus bakal 'ceraikan' Paul Pogba

BACA LAGI: Berlatih di Man United, Pogba mungkin kembali sarung jersi The Red Devils buat kali ke-3

City dilaporkan sudah menghampiri Pogba dan menawarkan kontrak kepada pemain itu untuk menyertai mereka. Pogba dilaporkan merupakan pemain kegemaran Pep Guardiola dan sudah memerhatikannya sejak daripada sebelum dia menyertai United.

Kehadiran Pogba dilihat dapat memberikan pilihan berbeza kepada City di bahagian tengah terutamanya dengan ketiadaan Rodri akibat mengalami kecederaan panjang.

Namun begitu, City perlu memberikan tawaran yang begitu baik kepada Pogba kerana pemain itu dilaporkan tidak begitu berminat untuk kembali ke England.

Dia dilaporkan tidak begitu tertarik untuk pulang semula ke Manchester, apatah lagi mana-mana kelab England kerana penerimaan yang bercampur-baur mengenai bola sepak Inggeris.

Dia dilihat lebih memilih untuk menghidupkan semula kariernya di Serie A, LaLiga atau Bundesliga. Namun begitu, kelab Arab Saudi, Al-Nassr turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram