[VIDEO] Gara-gara ikut emosi, 3 pemain Liga Super jadi mangsa kecaman berlebihan fans


  • Podium
  • Isnin, 16 Dis 2024

Beberapa kali pemain dan penyokong Liga Super terperangkap dengan emosi.

BOLA sepak dengan emosi adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Dengan adanya emosi, ia membantu menjadikan sukan itu cukup indah buat semua yang mengikutnya.

Namun begitu, ada kalanya emosi berada di luar kawalan sehingga ia membuatkan segala-galanya tampak buruk dan mendorong kepada insiden tidak diingini.

Liga Super juga tidak terkecuali apabila berlakunya insiden yang kurang senang dilihat akibat terbawa-bawa dengan emosi.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya kerana kena kad merah berdepan Kedah, keluarga Fairuz Zakaria jadi sasaran cacian

BACA LAGI: Bek kental Penang pesan jangan alpa, awasi ancaman Kedah

Fairuz Zakaria

Nama pemain Penang FC itu mencuri tumpuan apabila tindakannya yang melebihi emosi membuatkan dirinya dibuang pada semasa berdepan Kedah Darul Aman pada Piala FA musim ini.

Fairuz dibuang pada perlawanan tersebut selepas mengutip dua kad kuning. Malah, dia turut dilihat bertindak dengan menyentuh pengadil perlawanan selepas menerima hukuman.

Insiden itu mendorong kepada kecaman hebat yang diterima Fairuz kerana tindakannya itu sedikit sebanyak menyukarkan Penang untuk menewaskan Kedah ketika itu.

Dia menerima kecaman keterlaluan hinggakan ada pihak yang menyerang keluarganya yang jelas sekali tidak terlibat dalam perlawanan tersebut.

Nurridzuan Abu Hassan

Satu lagi kejadian yang melibatkan pemain tidak dapat mengawal emosi ketika beraksi adalah Nurridzuan Abu Hassan semasa mewakili Selangor FC pada 2019.

Beraksi berdepan bekas kelabnya, Perak FC, Nurridzuan dibuang padang selepas mengutip dua kad kuning dalam perlawanan tersebut.

Dia kemudiannya menerima provokasi daripada penyokong Perak dan tanpa disangka, Nurridzuan menunjukkan jari tengah kepada mereka dan insiden itu mengejutkan ramai pihak.

Nurridzuan selepas itu dihukum oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat tindakan keterlaluannya itu.

Ivan Mamut

Situasi melibatkan penyerang Terengganu FC itu mungkin sedikit berbeza dengan dua contoh di atas kerana Ivan Mamut tidak melakukan tindakan yang keterlaluan.

Sebaliknya, dia cuma tidak beraksi dengan baik semasa tempoh awalnya di Pantai Timur pada 2023. Akan tetapi, hal tersebut menyebabkan pemain itu menerima kecaman dengan cara agak janggal walaupun berlaku di depan matanya.

@majoritiofficial Amboi, kalau marah kot ya pun jangan sampai begitu sekali. Tapi pekerja yang kutuk Ivan ni dah minta maaf, menurut rakan pekerja dia. #majoriti #terengganufc #ivanmamut ♬ original sound - Majoriti Official

Ia berlaku sewaktu Mamut pergi ke sebuah pasar raya dengan salah seorang pekerja itu secara terbuka menghina pemain tersebut dalam loghat Terengganu.

Ia menyebabkan pekerja tersebut menerima kritikan hebat kerana tindakan tidak bermoralnya itu. Walaupun Mamut ketika itu kurang menyengat, tetapi itu bukan tiket untuk seseorang penyokong menghina pemain tersebut.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram