PENGURUSAN Kedah Darul Aman (KDA) FC masih berdepan kesukaran untuk meraih kestabilan kerana ketika ini, mereka masih sibuk mencari dana bagi menyelesaikan kemelut kewangan.
Keputusan menolak pelaburan DSAT Group yang diketuai Datuk Seri Azizul Tandek sedikit sebanyak menceritakan bahawa kelab itu sudah menemui formula terbaik dalam menampung kos operasi.
Bagaimanapun, sehingga hari ini, masih kedengaran masalah berkaitan pihak pengurusan skuad Sang Kenari sehingga memberi kesan buruk akan persembahan pasukan di atas padang.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Taktikal Victor lagi cantik’, fans KDA FC mula reda pemergian Nafuzi Zain
BACA LAGI: [VIDEO] Sony Norde hanya pergi 6 bulan, janji balik KDA FC kalau semua selesai
Daud Bakar (kiri) bertindak menolak usaha Azizul Tandek untuk memperoleh majoriti saham KDA FC.
Ura-ura itu menyebabkan penyokong Hijau Kuning berasa seolah-olah dikhianati dengan janji ditaburkan kerana masing-masing hanya mahukan hal terbaik buat kelab tercinta mereka tersebut.
Jadi, disebabkan kegagalan tersebut, kedengaran kembali desakan di media sosial mengatakan terdapat pihak yang akan hadir dan membawa sinar baharu buat skuad Sang Kenari.
Ini termasuk perbincangan menerusi media platform WhatsApp mengatakan 'KDA FC sudah mempunyai bos baharu' yang bagaimanapun masih belum disahkan mana-mana pihak atasan.
Meskipun hanya buah mulut, tidak mustahil sekiranya kelab Utara tanah air berkenaan kini berada di bawah pengurusan baharu kerana pemilik pasukan, Tan Sri Mohd Daud Bakar beberapa kali meluahkan situasi kelam dialaminya.
Sanusi bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Kedah. — Facebook/FA Kedah
Bagaimanapun, sikapnya yang positif membuatkannya enggan mengundur diri sehingga terdapat pihak sesuai untuk mengendalikan Kedah, baik dari segi kewangan mahupun perancangan dalam arena bola sepak.
Tetapi, sekiranya masalah itu berterusan, usahawan tempatan tersebut pasti akan berbuat demikian, lebih-lebih lagi jika sokongan daripada penyokong mula pudar saban hari.
Antara calon yang boleh menjadi ketua baharu pasukan itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang masih memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Ahli politik berpengaruh itu memiliki pengalaman dalam sukan itu apabila sudah bertahun-tahun terlibat dalam badan induk bola sepak negeri selain mempunyai minat mendalam mengenainya.
Ikmal Opat Abdullah pernah terlibat secara dekat dengan KDA FC. — Facebook/Kedah Kini
Selain itu, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah yang merupakan anak jati kelahiran Baling, Kedah juga boleh menjadi calon terbaik untuk bergelar pemilik baharu kelab.
Dia juga tidak asing dengan skuad Sang Kenari kerana pada 2021, Widad Langkasuka yang merupakan syarikat milik usahawan tersebut menjadi penaja utama kelab.
Namun, ura-ura tersebut hanya berstatus khabar angin dengan Daud Bakar masih merupakan pemegang saham terbesar sehingga dia terbuka untuk melepaskan pengaruhnya dalam pasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram